2bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 berada pada jajaran atas julat unjuran 4.0 peratus hingga 4.8 peratus, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Aliran masuk bersih pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia melonjak kepada RM8.5 bilion pada suku ketiga 2025 daripada RM1.6 bilion pada suku kedua 2025, disokong oleh suntikan ekuiti yang lebih besar, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan langkah moratorium pengeksportan mentah unsur nadir bumi (REE) pada fasa jangka pendek bermula 2025 hingga 2027, sebagai sokongan kepada pembangunan industri di peringkat pertengahan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan bahawa tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) tidak memberi kesan kepada kos input ladang sawit di Malaysia.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Banci Ekonomi 2026 (BE2026) akan menilai tahap kesiapsiagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari segi penggunaan teknologi, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Struktur fi baharu Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) masih lagi dalam proses semakan Jabatan Peguam Negara dan dijangka berkuatkuasa pada 1 Januari 2026, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan terutamanya dalam saham perladangan dan penjagaan kesihatan.
2bulan ago
KUALA TERENGGANU, 12 Nov (Bernama) -- Unjuran Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu dijangka meningkat kepada RM48.2 bilion menjelang 2040 berbanding RM34 bilion pada 2020 susulan pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
2bulan ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Bintulu Port mengendalikan secara konsisten lebih 80 peratus daripada jumlah import dan eksport Sarawak, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Bintulu Port Holdings Bhd Datuk Ruslan Abdul Ghani.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia pada September 2025 merekodkan jumlah jualan sebanyak RM158 bilion pada September, dengan pertumbuhan 6.6 peratus tahun ke tahun, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Hasil sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 6.3 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2025 kepada RM657.7 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).