9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, dalam usaha menetapkan tarikh Mesyuarat Khas Pemimpin untuk membincangkan hala tuju blok tersebut dalam menangani dan mengurangkan potensi gangguan terhadap perdagangan serantau disebabkan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Satu mesyuarat khas pemimpin ASEAN akan diadakan untuk membincangkan langkah menangani potensi gangguan terhadap perdagangan serantau, rangkaian rantaian bekalan dan pelaburan rentas sempadan susulan peningkatan cabaran geopolitik dan ekonomi ketika ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Negara anggota ASEAN memberi tumpuan untuk menghapuskan gangguan agar menjadi lebih cekap untuk membuka ruang bagi rundingan dengan Washington yang menyuarakan kebimbangan terhadap halangan tarif dan bukan tarif.
9bulan ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Di saat landskap ekonomi global berubah secara mendadak, ASEAN berada di persimpangan kritikal dan bersedia untuk mengharungi cabaran mendatang, kata Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) - Malaysia mengalu-alukan langkah Amerika Syarikat (AS) untuk menangguhkan sementara tarif lebih tinggi ke atas banyak rakan dagangannya, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN, yang telah mengharungi beberapa tempoh getir akibat ketidaktentuan global, kini muncul sebagai antara kuasa dan pengaruh utama dalam ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus ditutup lebih rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Penyedia telekomunikasi berpangkalan di Sarawak Reach Ten Holdings Bhd (Reach Ten) menyasarkan untuk meraih RM104 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) menjelang rancangan penyenaraiannya di Pasaran Utama pada 2 Mei, 2025.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berorientasikan eksport yang menyumbang lebih 99 peratus daripada ekosistem perniagaan ASEAN berisiko kehilangan US$237.5 bilion (US$1 = RM4.49) dalam hasil berpotensi jika mereka gagal beralih kepada amalan yang lebih lestari dan mampan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Gangguan bekalan gas akibat kebakaran di Putra Heights dijangka memberi kesan kepada pengeluaran produk-produk kipas dan seterika elektrik Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PMMA) dengan anggaran kehilangan pendapatan kira-kira tiga peratus.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terjejas oleh kebimbangan pasaran yang berlarutan terhadap kadar tarif Presiden AS Donald Trump.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Tune Protect Malaysia menerusi kerjasama platform tiket utama Malaysia, Ticket2U Sdn Bhd memperkenalkan Ticket Refund Insurance bagi mewujudkan piawaian baharu dalam perlindungan acara dengan menyediakan keselamatan kewangan lebih baik kepada pembeli tiket.