9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kerajaan perlu mengambil langkah-langkah tegas sepanjang penangguhan tarif timbal balik selama 90 hari oleh Amerika Syarikat (AS) untuk melindungi asas-asas industri dan daya saing jangka panjang Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
9bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Karina Imran
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara perdagangan perlu menggunakan platform Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menyelesaikan sebarang isu dan masalah, termasuk tarif.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Satu mesyuarat khas pemimpin ASEAN akan diadakan untuk membincangkan langkah menangani potensi gangguan terhadap perdagangan serantau, rangkaian rantaian bekalan dan pelaburan rentas sempadan susulan peningkatan cabaran geopolitik dan ekonomi ketika ini.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN perlu mengekalkan pendirian berkecuali dalam bahang perang dagangan global berkaitan tarif membabitkan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan China, kata mantan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Andrew Sheng.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berlangsung hari ini amat penting dalam usaha mendapatkan sokongan kalangan menteri untuk konsensus serantau bagi menghadapi tarif Amerika Syarikat (AS) yang membebankan.
9bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN secara kolektif sedang mengharungi antara tempoh paling sukar dalam sejarah semasa, merangkumi tarif perdagangan dan ketegangan geopolitik sehinggalah cabaran iklim serta kepesatan kemajuan teknologi dan ketangkasan ekonomi di negara masing-masing.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah untuk tahun kewangan berakhir pada 28 Februari 2025 sebanyak 12.6 peratus kepada RM370.61 juta berbanding RM424.01 juta untuk tahun kewangan 2024 yang berakhir pada 29 Februari 2024.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terjejas oleh kebimbangan pasaran yang berlarutan terhadap kadar tarif Presiden AS Donald Trump.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Selasa dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal enggan mengambil risiko berikutan kebimbangan berkaitan kadar tarif timbal balas Washington yang dijangka berkuat kuasa pada 9 April.
9bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Timbalan Penolong Setiausaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) bagi Asia, Robert Kaproth bertemu dengan kalangan pegawai kanan ASEAN di sini hari ini bagi memberi taklimat mengenai pengenaan tarif ke atas 168 negara oleh AS.
9bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) -- Bursa Malaysia terus diasak tekanan prestasi suram pasaran serantau serta kebimbangan berlakunya perang dagangan global yang menyaksikan indeks petunjuk utama susut 4.01 peratus pada akhir dagangan hari ini.