Terdapat 1832 berita berdasarkan kata kunci carian " presiden"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sejajar Penurunan Prestasi Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan mencatat prestasi rendah seiring penurunan pasaran serantau.

Malaysia Kekal Perkukuh Kerjasama Strategik Dengan AS Atas Landasan Prinsip Keterbukaan - PM Anwar

GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Malaysia kekal komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Amerika Syarikat (AS) atas landasan prinsip keterbukaan, keadilan dan hormat-menghormati, demi menjamin kestabilan, kemakmuran dan keamanan serantau serta sejagat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perjanjian Damai KL: Keamanan Tidak Boleh Dianggap Remeh, begitu Juga Bagi Gaza, Ukraine - PM Anwar

GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perjanjian Damai KL antara Thailand dan Kemboja merupakan peringatan yang membawa kesan mendalam bahawa keamanan tidak boleh dianggap remeh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar Terima Ucapan Tahniah Daripada Pemimpin APEC, Cerminkan Keupayaan Kepimpinan Malaysia

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ucapan tahniah yang diterima daripada pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atas kejayaan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini, mencerminkan keupayaan Malaysia memimpin dengan hikmah dan kesungguhan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat berikutan prestasi Wall Street semalaman yang kurang menggalakkan.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

 KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama)  -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS selepas peniaga dan pelabur memberi reaksi terhadap langkah penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang tidak dijangka pada Khamis, kata penganalisis.

Anwar Temui CEO Nvidia Berkenaan Pembangunan AI Di Malaysia

GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang di luar Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) untuk membincangkan mengenai pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) di Malaysia.

USABC Lancar Edisi Ketujuh 'ASEAN Matters For America, America Matters For ASEAN'

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dengan kerjasama Pusat Timur-Barat di Washington dan Institut ISEAS-Yusof Ishak, baru-baru ini telah melancarkan penerbitan edisi ketujuh 'ASEAN Matters for America, America Matters for ASEAN' di Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN (ABIS) di Kuala Lumpur. 

Pertemuan AS-China Selari Dengan Aspirasi ASEAN - Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan rakan sejawatnya dari China Xi Jinping hari ini seharusnya dialu-alukan sebagai perkembangan baik bagi masyarakat antarabangsa.

Trump Umum Perjanjian Perdagangan Dengan China Termasuk Kemungkinan Pembelian Tenaga

Daripada Nor Baizura Basri

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan butiran mengenai perjanjian perdagangan dengan China lebih dari empat jam selepas mesyuarat peringkat tertinggi dengan Presiden China Xi Jinping.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Tinggi Susulan Pelabur Meneliti Pendapatan Syarikat

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini apabila pelabur meneliti laporan pendapatan syarikat selain memantau mengenai perkembangan pasaran serantau.

Trump Berlepas Pulang Ke Washington Selepas Pertemuan Dengan Xi Jinping Di Busan

GYEONGJU (Korea Selatan), 30 Okt (Bernama) -- Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berlepas pulang ke Washington hari ini selepas mengadakan pertemuan selama lebih sejam dengan rakan sejawatnya dari China, Xi Jinping di Busan.