2bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin susulan kekurangan pemangkin baharu bagi mata wang tempatan itu menjelang pengumuman beberapa data ekonomi utama Amerika Syarikat (AS).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka didagangkan antara RM4,300 hingga RM4,600 satu tan menjelang separuh pertama 2026, dengan kecenderungan menaik pada awal tahun depan berikutan pemulihan dalam pengeluaran selain kejelasan dasar yang bertambah baik.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh perjanjian gencatan perang dagangan Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama bulan November, hampir mencecah paras tertinggi dalam tempoh setahun, dengan peniaga menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.75 peratus.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) menghormati hak kedaulatan Malaysia untuk melaksanakan dasar luar dan ekonominya sendiri termasuk minat untuk meneroka peluang dengan kumpulan ekonomi BRICS, kata Duta Besarnya ke Malaysia Edgard D Kagan.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung dan aktiviti memperelokkan akaun menjelang akhir tahun, kata peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan momentum positifnya minggu depan menjelang keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kadar dasar semalaman (OPR) pada 6 November yang dijangka menjadi tumpuan utama.
2bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama yang lain pada Jumaat disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik susulan ketegangan perdagangan di antara AS dengan China mereda.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan mencatat prestasi rendah seiring penurunan pasaran serantau.
2bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ucapan tahniah yang diterima daripada pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atas kejayaan menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini, mencerminkan keupayaan Malaysia memimpin dengan hikmah dan kesungguhan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS selepas peniaga dan pelabur memberi reaksi terhadap langkah penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang tidak dijangka pada Khamis, kata penganalisis.
2bulan ago
GYEONGJU (Korea Selatan), 31 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang di luar Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) untuk membincangkan mengenai pembangunan Kecerdasan Buatan (AI) di Malaysia.