1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Seiring perjalanan mengakhiri tanggungjawab sebagai pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada 2 Sept, 2024, kepimpinan Tan Sri Sulaiman Mahbob terbukti meninggalkan jejak yang sukar dilenyapkan dalam landskap pelaburan Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Pelaburan berjumlah RM160 bilion yang diluluskan Malaysia bagi separuh pertama 2024, merangkumi RM85.4 bilion pelaburan domestik (DI) dan RM74.6 bilion dalam pelaburan asing (FI), menunjukkan bahawa negara tidak terlalu bergantung kepada FI untuk merangsang ekonominya.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian ketara selepas pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas yang memacu sentimen pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mewujudkan kerjasama strategik bagi meningkatkan iklim ekonomi dan pelaburan Malaysia melalui penyelidikan, analisis dan kerjasama yang dipacu oleh data.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Halal Development Corporation (HDC), bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sedang merangka dan mengkaji untuk memperkenalkan insentif baharu bagi menggalakkan pelaburan asing dalam sektor industri halal.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Crest Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM45.75 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana peserta pasaran menggunakan pendekatan tunggu dan lihat menjelang keputusan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS mengenai penurunan kadar faedah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Pelabur asing membeli bersih ekuiti berjumlah RM217.6 juta bagi tempoh 9-13 September, untuk minggu kelima berturut-turut, menjelang jangkaan pelonggaran Rizab Persekutuan Amerika Syarikat minggu ini.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 16 Sept (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang meneruskan promosi bagi menarik minat pelabur untuk melabur dan mendirikan kilang di Taman Perindustrian Batu Kawan 3 (BKIP 3) dan Taman Teknologi Bandar Casia (BCTP), di Batu Kawan.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup dagangannya minggu ini lebih tinggi berikutan jangkaan pelabur terhadap pengumuman Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengenai kadar faedah pada minggu depan.