Terdapat 422 berita berdasarkan kata kunci carian " brent"

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Rendah Minggu Depan Berikutan Paras Stok Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan rendah minggu depan berikutan paras stok yang tinggi dan aktiviti pengambilan untung.

Niaga Hadapan MSM Meningkat Semula Susulan Pengukuhan Harga Minyak Mentah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Sentimen Lemah Serantau

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, seiring dengan sentimen pasaran serantay yang lemah berikutan pelabur mengambil pendirian berhati-hati dalam persekitaran kebimbangan mengenai kenaikan harga minyak global dan potensi limpahan inflasi merentasi ekonomi utama.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Hari Ketujuh Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan ketujuh berturut-turut menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada 14 hingga 15 Mei 2026.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah Susulan Jangkaan Pengeluaran Lebih Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan prestasi lebih rendah pada Rabu, terjejas oleh jangkaan pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini. 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Seiring Niaga Hadapan Getah Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring prestasi niaga hadapan getah serantau dan peningkatan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Krisis Bekalan Global Masih Berisiko, Kerajaan Akan Terus Laksana Pemantauan

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran tenaga global menunjukkan sedikit kestabilan, tetapi masih memerlukan pemantauan kerana sebarang gangguan baharu boleh memberi kesan kepada kos tenaga dan pengeluaran, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam kedudukan positif pada tengah hari, mencerminkan prestasi memberangsangkan kebanyakan negara serantau dan disokong oleh sentimen positif susulan keuntungan besar di Wall Street semalam.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Susulan Harga Minyak Kacang Soya Meningkat

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 11 Mei  (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin menjejaki kenaikan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Yang Lemah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin dipengaruhi oleh pasaran niaga hadapan getah serantau meskipun harga minyak mentah lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia kekal melebihi paras 1,700 mata pada akhir sesi dagangan pagi, disokong oleh minat belian, terutamanya di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Minat Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, didorong oleh minat belian di kaunter saham wajaran tinggi terpilih berikutan pasaran menurun selepas mencatatkan kenaikan selama lima sesi dagangan berturut-turut minggu lepas.