Jualan Proton Pada Oktober Melonjak 13.6 Peratus, Catat Jumlah YTD 125,557 Unit
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober, peningkatan 13.6 peratus berbanding 11,269 unit pada bulan sebelum itu, sekali gus meningkatkan jumlah jualan tahun sehingga kini (YTD) kepada 125,557 unit.