Terdapat 447 berita berdasarkan kata kunci carian " thong pak leng "

Bursa Malaysia Ditutup Paras Tertinggi Harian Disokong Aktiviti Belian Saat Akhir

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali pulih dengan ditutup pada paras tertinggi harian pada Jumaat, didorong oleh aktiviti belian pada saat akhir dalam kaunter wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, didorong oleh aktiviti pengambilan untung yang sederhana di kaunter terpilih, seiring dengan penurunan semalaman Wall Street dalam sentimen berhati-hati global yang berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dipengaruhi Sentimen Bercampur-campur Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung sederhana serta isyarat bercampur-campur daripada Wall Street semalaman.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak meneruskan peningkatan awalnya apabila ditutup lebih rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan baru-baru ini.

Bursa Malaysia Teruskan Peningkatan Dipacu Belian Saham Murah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dipacu oleh belian saham murah, meneruskan pemulihannya daripada kemerosotan dicatatkan minggu lepas walaupun kehilangan momentum peningkatan selepas mencapai paras tertinggi pada sesi awal, kata seorang ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Baharu

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh minat belian baharu dalam saham perbankan berikutan momentum dagangan meningkat pada akhir dagangan, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkatnya pada tengah hari ini dalam persekitaran pasaran serantau yang kebanyakannya rendah berikutan petunjuk bercampur-campur daripada Wall Street semalaman, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi Didorong Sentimen Lebih Baik

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat berikutan sentimen pasaran yang lebih baik selepas bursa itu menjelaskan bahawa tindakan Morgan Stanley Capital International (MSCI) baru-baru ini adalah terhadap Indonesia dan tiada kebimbangan sama dijangka melibatkan Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan dengan dibuka tinggi pada Isnin berikutan dana asing terus membeli saham tempatan, mencerminkan keyakinan luar yang berterusan terhadap pasaran Malaysia.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Tinggi Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan tinggi minggu depan.

Bursa Malaysia Dijangka Terus Meningkat Minggu Depan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan, disokong oleh minat belian yang stabil dan sentimen yang mengukuh secara keseluruhannya.