13hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- McDonald’s Malaysia merancang untuk melabur RM1 bilion bagi membuka 100 restoran baharu, memodenkan cawangan sedia ada dan memperkukuh keupayaan digital dalam tempoh lima tahun akan datang.
14hari ago
GEORGE TOWN, 6 Feb (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menghantar isyarat kukuh mengenai keyakinan ekonomi jangka panjang selain dijangka terus menggalakkan pelaburan AS, khususnya dalam sektor semikonduktor serta pembuatan di Pulau Pinang.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Sebanyak RM3.9 bilion dana bayaran balik disalurkan kepada pembayar cukai sehingga 31 Januari 2026 bagi menyelesaikan 34,899 kes yang melibatkan pembayaran balik pemfailan cukai tahun 2023.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Pasaran hartanah Malaysia terus berkembang pada kadar yang stabil, dengan jumlah nilai transaksi dijangka melebihi RM250 bilion tahun ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Malaysia-Jepun sedang berkembang, menuju ke arah penciptaan bersama, dengan syarikat Malaysia mengambil bahagian sebagai pembekal, rakan kongsi dan penyedia penyelesaian dalam rantaian nilai serantau dan global.
15hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB sedang memperkukuh pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terangkum menerusi program RHB #JomBiz dengan menyokong lebih daripada 1,000 usahawan mikro di seluruh Malaysia.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Pengiraan defisit fiskal kerajaan tidak wajar dipersoalkan kerana pelaporan diguna pakai berdasarkan piawaian antarabangsa dan diterima pakai agensi penarafan kredit dan badan dunia.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah menyelesaikan bayaran balik lebihan cukai berjumlah RM22.45 bilion pada 2025, tertinggi dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Defisit fiskal dijangka terus turun kepada 3.5 peratus berdasarkan Belanjawan 2026, hampir mencapai sasaran jangka masa sederhana 3.0 peratus mengikut Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023, sekali gus mencerminkan disiplin fiskal yang semakin kukuh.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Public Gold Marketing Sdn Bhd (Public Gold) memeterai kerjasama strategik dengan dua syarikat berpangkalan di Dubai, MAH Gold and Jewellery LLC dan ComTech Gold bagi memperluaskan operasi rangkaian Public Gold ATM ke peringkat global.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo terharu apabila tersenarai dalam “2026 Tech Diplomacy Global 50”, dan menyifatkan pengiktirafan itu mencerminkan perjalanan transformasi digital ketika Malaysia bergerak ke arah negara kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan peningkatan Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan keseluruhan kepada paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan iaitu 50.2 pada Januari 2026 daripada 50.1 yang direkodkan pada Disember 2025.