1bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah menerbitkan Sukuk Dengan Jaminan Kerajaan bernilai RM3.72 bilion serta Pembiayaan Kredit Pusingan Islam dengan Jaminan Kerajaan (GGRC-i) bernilai RM5.2 bilion sehingga 30 September 2025.
1bulan ago
SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) -- Usahawan dan perniagaan di Selangor kini mempunyai asas yang kukuh dalam menggerakkan ekonomi berkaitan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), walaupun wujud isu pematuhan yang bukan sahaja berlaku di dalam negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah menerbitkan kertas rundingan, mempelawa maklum balas mengenai pelbagai cadangan untuk meningkatkan cadangan nilai pasaran awam.
1bulan ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Bintulu Port mengendalikan secara konsisten lebih 80 peratus daripada jumlah import dan eksport Sarawak, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Bintulu Port Holdings Bhd Datuk Ruslan Abdul Ghani.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) untuk menyediakan pembiayaan berjumlah RM100 juta kepada kontraktor PAAB pada 2026.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Persatuan Pengurusan Kredit Malaysia (ACMM) menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan (MoF) memperkenalkan peraturan yang jelas serta telus berkaitan kewajaran penutupan akaun bank individu serta syarikat.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak membenarkan syarikat mengimbangi pembayaran cukai berlebihan terhadap liabiliti cukai masa hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd berharap agar bayaran balik cukai bagi lebihan pembayaran dapat dipercepatkan untuk menambah baik aliran tunai dan meningkatkan kecekapan operasi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt 0 (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan supaya menyediakan insentif cukai bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan pembangunan pasaran dan rantaian bekalan intra-ASEAN menerusi Belanjawan 2026.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dan Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) menyeru kerajaan untuk menyediakan lebih banyak insentif bagi industri itu di bawah Belanjawan 2026.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, Sept 25 (Bernama) -- Keuntungan bersih Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) merosot kepada RM16.39 juta pada suku kedua berakhir 31 Julai 2025 (S2 2026) berbanding RM54.71 pada suku yang sama tahun sebelumnya.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd sekali lagi menegaskan pelan bantuan banjir CIMB masih tersedia bagi menyokong pelanggan yang terjejas akibat banjir di Sabah baru-baru ini.