Terdapat 16 berita berdasarkan kata kunci carian " aum"

Pasaran Modal Meningkat Kepada RM4.2 Trilion Pada 2024 Berikutan Minat Belian Kukuh - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Minat belian yang kukuh dalam bursa tempatan selain peningkatan ketara jumlah tawaran awam awal (IPO) dan pertumbuhan jumlah terkumpul pasaran bon dan sukuk telah meningkatkan saiz pasaran modal sebanyak 9.7 peratus kepada RM4.2 trilion pada 2024 daripada RM3.8 trilion pada 2023. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Ketegangan Perdagangan AS-EU Meningkat

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah selepas mencatatkan kenaikan sebelumnya berikutan Wall Street mengalami penurunan selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memperhebat ‘serangan tarif’ terhadap Kesatuan Eropah (EU).  

Kerajaan Anggar AUM RM500 Juta - RM1.2 Bilion Lima Tahun Pertama Pelaksanaan Skim Pejabat Keluarga

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerajaan menganggarkan julat aset di bawah pengurusan (AUM)  antara RM500 juta - RM1.2 bilion bagi tempoh lima tahun pertama pelaksanaan Skim Pejabat Keluarga dengan sasaran menarik keluarga dari dalam negara, serantau dan rantau luar seperti Timur Tengah.

Bursa Malaysia: Invest Malaysia Dijangka Tarik Lebih 500 Delagasi, AUM Lebih RM56.7 Trilion

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Persidangan Invest Malaysia 2024 dijangka menarik Lebih 500 delegasi termasuk pelabur berpendapatan tetap, pelabur ekuiti dan ekuiti swasta asing dengan dengan gabungan aset di bawah pengurusan (AUM) melebihi RM56.7 trilion.