Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " jualan hartanah"

Paramount Corp Sasar Jualan Hartanah RM1.5 Bilion Pada 2025

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Paramount Corporation Bhd mensasarkan jualan hartanah sebanyak RM1.5 bilion pada 2025 berbanding RM1.389 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini, disokong oleh nilai pembangunan kasar RM1.4 bilion (GDV) di seluruh lapan projek yang dilancarkan.

Keuntungan Bersih Mah Sing Melonjak Kepada RM240.75 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) --  Keuntungan bersih Mah Sing Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2024 meningkat kepada RM240.75 juta berbanding RM215.29 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan 2023, mencerminkan permintaan yang berdaya tahan berikutan harga yang berpatutan dan lokasi projek yang strategik.

Untung Bersih UOA Development Naik Kepada RM287.30 Juta Pada Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih UOA Development Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 melonjak kepada RM287.30 juta daripada RM279.55 juta pada tahun kewangan 2023.

Nilai Perolehan Kontrak MRCB Tahun Ini Dijangka Naik Antara RM4 Bilion-RM5 Bilion - HLIB

KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Nilai perolehan kontrak Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) 2025 dijangka meningkat RM4 bilion hingga RM5 bilion berikutan kesan limpahan penangguhan projek seperti pembangunan semula Stadium Shah Alam dan Kuala Lumpur Sentral serta arahan perubahan kerja LRT3.

Harga Rumah Di KL, PJ Dijangka Naik Antara 3 Hingga 4 Peratus Tahun Ini - Pempengaruh Hartanah

Oleh Karina Imran dan Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Harga rumah kediaman dua tingkat di Lembah Klang terutamanya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ), ia dijangka meningkat antara 3.0 hingga 4.0 peratus tahun ini.

Jualan Hartanah Dijangka Meningkat 10 Peratus Tahun Ke Tahun Pada 2025 - RHBIB

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHBIB) mengunjurkan jualan hartanah meningkat sebanyak 10 peratus tahun ke tahun pada 2025.

E&O Lancar Pelan Induk Pulau Andaman

GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia, Eastern & Oriental Berhad (E&O) melancarkan pelan induk dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM60 bilion bagi pembangunan bandar terbaharunya, Pulau Andaman semalam.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Ringgit Lemah, Gangguan Bekalan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin disokong oleh ringgit yang lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selain berlaku gangguan bekalan akibat cuaca buruk di Thailand, kata seorang peniaga. 

Gamuda Cadang Terbitan Bonus Selepas Raih Hasil RM15 Bilion Dalam Tahun Kewangan 2024

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Gamuda Bhd mencadangkan terbitan bonus sebagai ganjaran kepada pemegang sahamnya berikutan prestasi kukuh syarikat itu pada tahun kewangan berakhir 31 Julai 2024, dengan hasil tahunan meningkat 63 peratus kepada RM15 bilion.

Keuntungan Bersih Glomac Melonjak Kepada RM7.28 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Keuntungan bersih Glomac Bhd untuk suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 melonjak kepada RM7.28 juta berbanding RM4.06 juta yang disaksikan pada suku yang sama tahun sebelum ini.