Terdapat 2489 berita berdasarkan kata kunci carian " kadar "

Lebih 14.6 Juta Rakyat Terima Manfaat BUDI95 Setakat 11 Feb - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lebih 14.6 juta rakyat telah menikmati harga petrol RON95 bersubsidi di bawah program Budi MADANI RON95 (BUDI95) setakat 11 Februari 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Sentimen Domestik Yang Stabil

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), walaupun dolar AS lebih kukuh, memandangkan keyakinan berterusan terhadap asas ekonomi Malaysia menyokong mata wang tempatan.

Ringgit Terus Meningkat, Dipacu Data Ekonomi Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat sebanyak 0.25 peratus berbanding dolar AS, mengukuh pada hari ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong oleh petunjuk ekonomi domestik yang memberangsangkan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Saham Mewah Terpilih

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata sebuah firma pembrokeran.

Kerajaan Tolak Pendekatan Pengapungan Harga, Pilih Lindungi Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringgit Dibuka Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu susulan pelabur mengambil pendirian berhati-hati menjelang pengumuman data pasaran buruh utama AS.

Jualan Runcit 2026 Malaysia Dijangka Kekal Berdaya Tahan Pada Enam Peratus -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- MBSB Investment Bank menjangkakan jualan runcit Malaysia untuk 2026 kekal berdaya tahan pada 6.0 peratus, berikutan pertumbuhan 6.1 peratus yang dicatatkan pada 2025.

Singapura Menaikkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Kepada 2.0-4.0 Peratus

SINGAPURA, 10 Feb (Bernama) -- Singapura menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2026 antara dua hingga empat peratus berbanding sasaran sebelumnya iaitu satu hingga tiga peratus, menurut Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) republik itu.

Pelancaran UPI Dijangka Tingkat Daya Kecekapan Pembayaran, Kurangkan Kos Transaksi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sistem Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India yang akan memasuki pasaran Malaysia, bakal meningkatkan kecekapan pembayaran, mengurangkan kos transaksi dan menyokong transaksi digital yang lebih lancar antara syarikat Malaysia dan India, serta untuk pengguna dan komuniti diaspora.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Berikutan Belian Kukuh Saham Mewah

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada Isnin, disokong oleh minat berterusan dalam saham mewah, seiring dengan prestasi memberangsangkan di pasaran serantau, kata penganalisis.

Sistem Perbankan Malaysia Kekal Stabil Dipacu Pertumbuhan, Asas Ekonomi Kukuh -- Moody's

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Prospek bagi sistem perbankan Malaysia yang diberi penarafan A3, kekal stabil didorong oleh pertumbuhan serta asas-asas ekonomi yang kukuh, demikian menurut Moody’s Ratings.