Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian " kerajaan madani"

Belanjawan 2025: Peruntukan Pelancongan Lebih Besar Tarik Pengunjung Ke Malaysia - Fernandes

PUTRAJAYA, 15 Okt (Bernama) -- AirAsia berharap Belanjawan 2025 akan menawarkan lebih banyak inisiatif yang dilaksanakan bagi mempromosi dan menonjolkan Malaysia.

Belanjawan 2025 Ambil Kira Cadangan Pelbagai Industri, Rakyat Akar Umbi

PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) -- Proses libat urus Belanjawan 2025 telah dilaksanakan di semua negeri bagi memastikan kerajaan mengambil kira pandangan serta cadangan pelbagai pihak, industri dan rakyat di peringkat akar umbi.

Belanjawan 2025: MPOB Harap Kerajaan Bantu Penanam Pulih Semula Pokok Sawit Tidak Produktif

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharap kerajaan akan membantu penanam mempercepatkan aktiviti penanaman semula bagi memulihkan pokok kelapa sawit yang tidak produktif dan tua dalam Belanjawan 2025, untuk meningkatkan produktiviti sektor tersebut.

Malaysia Berada Di Titik Penentu, Maju Kehadapan Atau Ketinggalan Di Belakang - Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) --  Malaysia berada di titik penentu yang kritikal, sama ada maju hadapan menuju ke arah keterjaminan dan kemakmuran pada masa depan atau ketinggalan di belakang terdedah kepada proses "kebinasaan", kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PM Anwar Jangka Belanjawan 2025 Tambah Baik Kerangka Ekonomi, Agihan Saksama

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini.

Kerajaan MADANI Komited Perkasa Industri Sawit Negara - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Kerajaan MADANI Pulihkan Keyakinan Pelabur Melalui Usaha Basmi Rasuah - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Komitmen kerajaan MADANI untuk memerangi rasuah yang telah menjadi endemik memulihkan keyakinan pelabur domestik dan asing dengan ketara, sekali gus membawa kepada peningkatan pelaburan baharu.

Kerajaan MADANI Komited Kurangkan Pinjaman, Defisit Fiskal - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited dalam mencapai sasaran konsolidasi fiskal secara berperingkat dengan mengurangkan hutang negara, selain terus melabur dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Politik Stabil, Dasar Kerajaan Tarik Minat Syarikat Global Melabur Di Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar kerajaan MADANI yang meyakinkan terbukti berjaya menarik syarikat-syarikat teknologi besar global untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mereka.

Asas Ekonomi Kukuh Antara Faktor Sokong Pertumbuhan Ringgit - Gabenor

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Asas ekonomi Malaysia yang kukuh antara faktor yang menyokong pertumbuhan ringgit pada masa ini, termasuk ketika mata wang negara lemah, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Pelaburan Oracle Cerminkan Keyakinan Syarikat Teknologi Global Terhadap Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Keputusan pelaburan oleh Oracle mencerminkan keyakinan dan komitmen syarikat dunia terhadap potensi Malaysia sebagai pintu masuk bagi infrastruktur awan dan menyokong pertumbuhan ekosistem kecerdasan buatan (AI) serantau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

RMK13 Tumpu Usaha Rapat Jurang Sosioekonomi Ikut Negeri, Utamakan Kebajikan Rakyat

SHAH ALAM, 1 Okt (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan menumpukan usaha merapatkan jurang sosioekonomi dan pembangunan mengikut negeri serta wilayah secara bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.