BERITA TERKINI   Pendidikan kekeluargaan perlu diperkasa sebagai asas pembinaan negara - PM Anwar | Dasar Kasih Keluarga Negara pastikan keluarga Malaysia terus kukuh, berdaya tahan hadapi cabaran masa depan - Nancy | 

Terdapat 1810 berita berdasarkan kata kunci carian " keseluruhan"

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 37.3 Peratus Pada Desember 2025 - DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 37.3 peratus pada Disember 2025 kepada 28,684 tan berbanding 20,891 tan pada November 2025, kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot kepada 0.36 peratus pada tengah hari, diheret turun oleh Maybank, CIMB dan 99 Speed Mart.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street, manakala jumlah dagangan yang lebih rendah menunjukkan kekurangan penyertaan runcit menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan.

Pos Malaysia Sambut Baik Kajian MyCC, Tekankan Dominasi Platform e-Dagang

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd menyambut baik Kajian Pasaran Ekonomi Digital Malaysia yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), yang menyediakan penilaian berasaskan bukti mengenai persaingan dalam subsektor utama.

Ringgit Terus Meningkat, Dipacu Data Ekonomi Kukuh

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat sebanyak 0.25 peratus berbanding dolar AS, mengukuh pada hari ketiga berturut-turut pada Rabu, disokong oleh petunjuk ekonomi domestik yang memberangsangkan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Saham Mewah Terpilih

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini susulan pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata sebuah firma pembrokeran.

GWM WEY G9 Raih Lebih 800 Tempahan Seminggu Selepas Pelancaran

KUALA LUMPUR, 11 Feb  (Bernama) -- Pelancaran WEY G9 Hi4 PHEV oleh Great Wall Motor (GWM) berjaya meraih lebih 800 tempahan dalam tempoh seminggu pertama, mencerminkan permintaan awal yang kukuh terhadap kenderaan pelbagai guna (MPV) tenaga baharu mewah pemasangan tempatan pertama serta peningkatan keyakinan pelanggan terhadap kenderaan hibrid pintar.

CelcomDigi Raih Untung Bersih RM1.51 Bilion, Umum Dividen Akhir 3.6 Sen

KUALA LUMPUR, 11 Feb  (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi pada RM1.51 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025) berbanding RM1.38 bilion, setahun lepas.

Kerajaan Tolak Pendekatan Pengapungan Harga, Pilih Lindungi Rakyat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Kerajaan tidak memilih pendekatan pengapungan harga seperti disaran Bank Dunia dan beberapa pakar ekonomi kerana ia disifatkan akan membebankan majoriti rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut, Jejaki Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu sebelum susut dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur Wall Street.

Pelaksanaan E-invois Catat Lebih Satu Bilion Urus Niaga, Libatkan 200,000 Pembayar Cukai - LHDN

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pelaksanaan sistem e-Invois di Malaysia merekodkan lebih satu bilion urus niaga setakat ini, dengan penyertaan lebih 200,000 pembayar cukai di seluruh negara, kata Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Negeri Sewajarnya Bangun Kekuatan Sendiri Di Bawah NIMP 2030 – InvestPenang

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Ekosistem elektrik dan elektronik (E&E) Pulau Pinang yang telah lama bertapak menonjolkan kepentingan untuk negeri-negeri lain di Malaysia membina kekuatan mereka sendiri di bawah Pelan Induk Perindustrian Nasional (NIMP) 2030, kata InvestPenang.