Terdapat 36 berita berdasarkan kata kunci carian " ketenteraan"

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidaktentuan Memuncak

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah apabila susut 0.21 peratus kepada 97.979 mata berikutan ketidaktentuan yang memuncak, kata pakar ekonomi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang lain, termasuk mata wang ASEAN hari ini, dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan risiko geopolitik yang meningkat, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalaam jajaran kecil minggu depan ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap kebimbangan inflasi global ketika ini, kata penganalisis.

Ketidaktentuan Geopolitik, Ekonomi Dijangka Jejas Industri Penerbangan - IATA

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berterusan memberi risiko paling ketara kepada prospek industri penerbangan, kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Willie Walsh.

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Harga minyak dijangka kekal tinggi sekitar US$65 setong, disokong oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah dan ketidakpastian mengenai gencatan senjata antara Ukraine dan Rusia, menurut Rystad Energy.

Kontrak Akses ATM Ke Satelit X-band Airbus Dilanjutkan

LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Airbus Defence and Space (Airbus) telah memeterai kontrak dengan Kementerian Pertahanan (Kementah) untuk melanjutkan akses Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke perkhidmatan satelit X-band milik kumpulan itu, mencerminkan sokongannya kepada infrastruktur komunikasi pertahanan Malaysia.

Airbus Sasar Permintaan Pesawat A400M Terus Meningkat

LANGKAWI, 21 Mei (Bernama) -- Airbus Defence and Space yakin pesawatnya jenis A400M terus mendapat perhatian di rantau ini, didorong oleh peningkatan permintaan terhadap penyelesaian mobiliti udara serba boleh di Asia Pasifik.

GE Aerospace Mahu Terus Perluas Operasi Di Malaysia Dan Asia Pasifik

Daripada Kisho Kumari Sucedaram 

BEIJING, 19 Mei (Bernama) – GE Aerospace merancang untuk terus memperluas operasinya di Malaysia dan rantau Asia Pasifik sambil memperkukuh keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

Rusia Sahabat Baik Malaysia - PM Anwar

MOSCOW, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon sokongan peribadi Presiden Rusia Vladimir Putin untuk melaksana dan mempercepat pelbagai projek termasuk kerjasama dalam bidang teknologi makanan, nuklear dan ketenteraan antara kedua-dua negara.  

AIROD, Satys Jalin Usaha Sama Pertingkat Keupayaan Sektor MRO Pesawat Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- AIROD Sdn Bhd, syarikat kejuruteraan aeroangkasa terkemuka Malaysia memeterai perjanjian usaha sama dengan Satys Aircraft Painting untuk meningkatkan keupayaan sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Malaysia, terutama dalam bidang kemasan luaran dan pengecatan pesawat.

Niaga Hadapan Emas Naik Ketika Konflik India-Pakistan Meningkat

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Rabu berikutan ketidaktentuan perang perdagangan dan selepas India melancarkan serangan ketenteraan ke atas sasaran di Pakistan susulan pembunuhan beramai-ramai di Kashmir baru-baru ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan OPR BNM Esok

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menjelang keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan kadar dasar semalaman (OPR) esok, kata penganalisis.