12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi untuk sesi kedua berturut-turut pada Selasa, sejajar dengan pengukuhan berterusan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- MBSB Investment Bank menjangkakan jualan runcit Malaysia untuk 2026 kekal berdaya tahan pada 6.0 peratus, berikutan pertumbuhan 6.1 peratus yang dicatatkan pada 2025.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Wilayah Afrika dijangka menjadi pemacu utama dinamika pasaran minyak sawit global dalam dekad akan datang, selain muncul sebagai pasaran besar bagi komoditi tersebut, kata pakar.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malaysia kekal optimis bahawa 2026 akan membuka lebih banyak peluang pertumbuhan dalam sektor sawit global, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan membiayai sebanyak 35 projek berkaitan sektor pertengahan dan hiliran getah dengan dana peruntukan RM9.9 juta setakat ini, termasuk 10 projek khusus sektor sarung tangan getah bernilai RM3.5 juta, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM9.8 juta pada 2025 untuk menangani penyakit dan perosak utama tanaman kelapa sawit, termasuk kulat Ganoderma dan ulat bungkus, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan meluluskan peruntukan RM16 juta bagi Program Kemampanan Penanaman Lada tahun ini di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), kata Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan terus komited memastikan pematuhan penuh terhadap piawaian kemampanan antarabangsa apabila 90 peratus estet sawit negara dan 85 peratus pekebun kecil persendirian setakat ini telah memperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Syarikat Malaysia disaran meneroka peluang merentas pelbagai sektor di India termasuk semikonduktor, tenaga dan pertanian, susulan naik taraf hubungan dua hala Malaysia-India kepada perkongsian strategik komprehensif pada 2024.
15hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Pasaran getah dijangka suram minggu hadapan, dengan harga komoditi itu bergerak mendatar dengan kecenderungan menurun berikutan permintaan lemah dari China menjelang cuti sempena Tahun Baharu Cina.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melantik Raja Datin Paduka Teh Maimunah Raja Abdul Aziz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa 1 April, 2026, menggantikan Datuk Mohd Muazzam Mohamed yang bersara awal pada Disember 2025.