BERITA TERKINI   Gangguan sistem pagar automatik: Tiada unsur sabotaj, serangan siber dikesan setakat ini - KP AKPS | Sistem pagar automatik untuk warga asing kembali beroperasi sepenuhnya hari ini - KP AKPS | Kadet JPJ berusia 16 tahun dan ke atas diberi keutamaan dalam program MyLesen B2 tempoh separuh kedua 2025 - KP JPJ | JPJ cadang perluas pemakaian tali pinggang keledar untuk bas milik IPT, sekolah berasrama penuh - KP JPJ  | JPJ sedang rangka kaedah gantung, batal lesen pemegang MyLesen B2 terlibat aktiviti haram - Ketua Pengarah  | 

Terdapat 159 berita berdasarkan kata kunci carian " lebihan"

Malaysia Melonjak 11 Anak Tangga Dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) --Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 ke kedudukan ke-23, yang merupakan pencapaian terbaik negara sejak 2020, sekali gus mencerminkan momentum progresif dalam agenda pemulihan dan pembaharuan ekonomi negara.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Kukuh Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Affin Group Mula Sertai Pasaran Bon AS Dengan Terbitan Nota US$300 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Affin Group mula menyertai pasaran bon dolar AS dengan terbitan nota kanan tanpa cagaran dengan nilai nominal sebanyak US$300 juta (RM1.27 bilion) di bawah program nota jangka sederhana euro (EMTN) berjumlah US$2 bilion (RM8.46 bilion).

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada sesi pagi dalam dagangan tidak menentu, berikutan sentimen pasaran lebih berhati-hati meskipun pasaran global mencatatkan peningkatan susulan keputusan mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang menggantung pelaksanaan tarif Presiden Donald Trump.

Harga Minyak Dijangka Kekal Tinggi Sekitar US$65 Setong Didorong Risiko Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Harga minyak dijangka kekal tinggi sekitar US$65 setong, disokong oleh ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah dan ketidakpastian mengenai gencatan senjata antara Ukraine dan Rusia, menurut Rystad Energy.

Pulau Pinang Aktif Jalankan Misi Pelaburan, Perdagangan Bagi Kurangkan Impak Tarif AS

GEORGE TOWN, 19 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang menerusi agensi pelaburan negeri, Invest Penang aktif menjalankan misi pelaburan dan perdagangan ke negara-negara asing bagi mengurangkan impak kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) kepada ekonomi negeri.

Malaysia Catat Lebihan Imbangan Akaun Semasa Berjumlah RM16.7 Bilion Pada Suku Pertama 2025 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malaysia merekodkan lebihan Imbangan Akaun Semasa (CAB) sebanyak RM16.7 bilion pada suku pertama 2025 bersamaan dengan 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri peningkatan empat harinya dengan ditutup rendah pada Khamis, terjejas ekoran penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau, penyusutan ketara harga minyak mentah dan pengukuhan ringgit yang berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Program Xchange Proton Beri Peluang Pemilik Tukar Kenderaan Lama

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pemilik kereta lama kini berpeluang memiliki kenderaan baharu Proton menerusi Program Xchange yang dilancarkan oleh pengeluar kereta nasional itu hari ini.

ICT Zone Asia Sasar Kumpul RM26.6 Juta Dairpada IPO Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Syarikat penyelesaian pembiayaan teknologi ICT Zone Asia Bhd menyasarkan untuk mengumpul sebanyak RM26.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) sempena pemindahannya daripada Pasaran LEAP kepada Pasaran ACE Bursa Malaysia.

Perubahan Tarif AS-China Mungkin Beri Kesan Kepada Pengeluar Sarung Tangan Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sebarang perubahan tarif terbaharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan memberi kesan kepada pengeluar sarung tangan Malaysia dan menangguhkan keputusan pembelian berikutan ketidaktentuan yang berterusan, kata Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak.