Terdapat 22 berita berdasarkan kata kunci carian " nab"

ASEAN Perlu Utamakan Pelaburan Mampan, Rapatkan Jurang Pembangunan - ESCAP

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan ASEAN perlu menggerakkan strategi pelaburan mampan dan inklusif sebagai pemacu utama daya tahan ekonomi dan pertumbuhan.

Semakan Gaji Kakitangan Kerajaan, Kenaikan Gaji Minimum Tingkatkan Kualiti Hidup Rakyat

Oleh Karina Imran & Nurul Jannah Kamaruddin

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Kualiti hidup rakyat Malaysia dijangka bertambah baik berikutan kenaikan gaji minimum bulan depan dan pelarasan gaji perkhidmatan awam.

Dua Bekas Pengarah Syarikat Didenda Salah Guna Kedudukan Untuk Bayaran Bonus

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Dua bekas pengarah syarikat didenda sebanyak RM100,000 setiap orang setelah mengaku bersalah menggunakan wang syarikat sebanyak RM200,000 sebagai pembayaran bonus kepada diri sendiri, tanpa kelulusan mesyuarat agung.

Malaysia, Republik Guinea Perlu Saling Tingkatkan Kerjasama Bantuan Teknikal - MITI

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Republik Guinea perlu meningkatkan penglibatan antara satu sama lain terutama dalam akses pasaran dan bantuan teknikal, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Trump 2.0 Dijangka Mampu Tingkatkan Hubungan Ekonomi Dan Keselamatan Malaysia-AS - Penganalisis

Oleh Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 dilihat berpotensi memperkukuh hubungan AS dengan Malaysia, terutamanya dalam aspek ekonomi dan keselamatan.

PMB Investment Umum Jumlah Agihan Kasar Dana Bestari RM2.88 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- PMB Investment Bhd hari ini mengumumkan jumlah pengagihan kasar sebanyak RM2.88 juta untuk PMB Dana Bestari bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2024, dengan pemegang unit menerima pengagihan pendapatan sebanyak 2.93 sen seunit.

Sedekad Di Malaysia, Al'ard Sumbang RM50 Juta Ke Palestin

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Jenama produk kesihatan berasaskan minyak zaitun Palestin,  Al'Ard mencipta sejarah dengan menghantar sebanyak RM50 juta ke Palestin ketika tempoh 10 tahun ia beroperasi di Malaysia.

FBM KLCI Naik 0.17 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur menjelang keputusan mengenai kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) esok.

Ringgit Terus Catat Kenaikan Dengan Dibuka Lebih Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan pada Jumaat lepas, diniagakan lebih kukuh berbanding dolar AS dan melepasi paras RM4.30 pada sesi pembukaan hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Lemah Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) — Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan pada kecenderungan menurun minggu depan, selepas menyaksikan permintaan yang agak lemah baru-baru ini, kata seorang peniaga.