17hari ago
PETALING JAYA, 12 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini memperkenalkan empat laluan baharu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, yang menawarkan penerbangan terus ke Singapura, Jakarta, Johor Bahru dan Langkawi.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Wasco Greenergy Bhd berazam mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia penyelesaian biotenaga bersepadu khusus susulan peningkatan permintaan teknologi penyahkarbonan di rantau ini.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Gudang baharu Fuji Logistics (M) Sdn Bhd, Pusat Logistik Kulim 2 di Northern Technocity, Kulim Kedah akan terus mengukuhkan peranannya sebagai rakan logistik boleh dipercayai.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sedang meneroka bidang kerjasama baharu dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman ketika Putrajaya memuktamadkan Program Tenaga Nuklear Nasional.
23hari ago
SEREMBAN, 6 Dis (Bernama) -- Pembangunan berorientasi transit, Seremban Sentral, dijangka menjana perolehan perniagaan bernilai RM300 juta setahun dan mencipta kira-kira 2,500 peluang pekerjaan baharu pelbagai bidang sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi Negeri Sembilan menjadi hab bandar moden dan berdaya saing.
24hari ago
GENTING HIGHLANDS, 5 Dis (Bernama) -- Sektor minyak sawit boleh menjadi penyumbang utama ke arah matlamat Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, dan bukannya sebagai liabiliti, kerana ladang kelapa sawit matang menyerap sejumlah besar karbon dioksida (CO2).
27hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melihat Pekan Nanas, Johor, sebagai lokasi strategik dalam lingkungan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ), selain berpotensi tinggi menjadi kawasan sokongan pembangunan zon berkenaan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Farlim Group (Malaysia) Bhd memeterai perjanjian usaha sama dengan Fortune Lander (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM160 juta di Pulau Pinang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia perlu mempercepatkan usaha untuk mempelbagaikan campuran tenaganya bagi menangani lonjakan permintaan selain mencapai matlamat sifar bersih 2050, menurut pandangan yang dilontarkan semasa Persidangan Kelestarian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) CGS International.
1bulan ago
KUCHING, 26 Nov (Bernama) -- Sarawak kekal sebagai destinasi utama bagi pelabur antarabangsa khususnya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) selaras dengan usaha negeri ini untuk menjadi "kuasa tenaga” serantau dalam sektor berkenaan.
1bulan ago
Oleh M.Saraswathi
NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Kenya bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian strategik, menandakan peristiwa penting bersejarah dalam hubungan diplomatik yang telah terjalin antara kedua-dua negara sejak 60 tahun.
1bulan ago
Daripada M.Saraswathi
NAIROBI, 24 Nov (Bernama) -- Konglomerat multinasional, YTL Group sedang meneroka peluang dalam sektor penjana tenaga bebas (IPP), pusat data dan kecerdasan buatan (AI) di Afrika Selatan, kata Pengarah Eksekutif YTL Power International Bhd Yeoh Keong Hann.