Terdapat 414 berita berdasarkan kata kunci carian " penjual"

Unit Mudajaya Jual 45 Peratus Pegangan Dalam Real Jade Pada Harga RM118.45 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Mudajaya Group Bhd, melalui anak syarikat tidak langsung milik penuh, Xelmont Ltd, menjual 45 peratus kepentingan ekuitinya dalam Real Jade Ltd kepada Minyi Holdings Ltd (MHL) pada harga HK$234 juta (RM118.45 juta).

Matrix Concepts Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM219.33 Juta Pada Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Matrix Concepts Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM219.33 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 (TK2026) daripada RM214.03 juta pada tahun kewangan sebelumnya. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Menjelang Cuti Aidiladha

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 26 Mei  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa apabila pelabur melakukan penjualan bagi merealisasikan keuntungan daripada pegangan ekoran ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang memuncak.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah Susulan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan penjualan berterusan ke atas saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian serta utiliti yang menjejaskan sentimen pasaran.

Institusi Tempatan Teruskan Belian Bersih Enam Minggu Berturut-turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan trend belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu keenam berturut-turut, dengan merekodkan aliran masuk bersih berjumlah RM572.9 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Unit Ann Joo Terima Pembeli Potensi Baharu Selepas Perjanjian Dengan Southern Steel Gagal

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ann Joo Resources Bhd (Ann Joo) bercadang untuk menjual 100 peratus kepentingan ekuiti dalam Ann Joo Steel Bhd (AJSB) kepada syarikat berpangkalan di Singapura, Green Esteel Pte Ltd.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Didorong Sentimen Risiko Global Lemah

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu apabila sentimen risiko global yang lemah menjejaskan keyakinan pelabur, kata seorang ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pelabur Ambil Langkah Defensif

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit pada Selasa apabila pelabur mengambil pendekatan lebih defensif susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak serta sentimen risiko serantau yang lemah.

Institusi Tempatan Teruskan Pembelian Bagi Minggu Kelima Berturut-turut Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia untuk minggu kelima berturut-turut, dengan mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM233.2 juta pada minggu lepas di tengah-tengah penjualan asing yang berterusan di seluruh pasaran ekuiti serantau.

LSH Capital Terima Surat Tawaran RAC Untuk Projek Tanah RM197.9 Juta

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH) telah menerima surat tawaran daripada Perbadanan Aset Keretapi (RAC) untuk cadangan penjualan dan pembangunan dua bidang tanah dengan nilai gabungan RM197.90 juta di Petaling, Selangor.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan merentasi pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih.

RHB Dapat Kelulusan BNM Untuk Mula Rundingan Dengan Tokio Marine

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- RHB Bank Bhd memaklumkan bahawa unitnya, RHB Investment Bank Bhd tidak menerima sebarang bantahan daripada Bank Negara Malaysia untuk memulakan rundingan dengan Tokio Marine Asia Pte Ltd mengenai cadangan penjualan sehingga 100 peratus kepentingan dalam RHB Insurance Bhd.