Terdapat 419 berita berdasarkan kata kunci carian " perancangan"

TNB: Grid Lebih Pintar, Kukuh Pacu Peralihan Tenaga Bersih Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Peralihan Malaysia kepada tenaga bersih hanya akan berjaya dengan grid kuasa lebih kukuh, pintar dan mampu menyokong tahap tenaga boleh baharu (RE) yang jauh lebih tinggi, kata Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga Tenaga Nasional Bhd (TNB) Ir Dr. Mohd Fadzil Mohd Siam.

Gamuda Peroleh Dua Projek Di Australia, Catat Nilai Perolehan Kontrak Tertinggi RM46 Bilion

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Gamuda Bhd memperoleh dua lagi kontrak di Australia menerusi anak syarikat milik penuhnya, menjadikan nilai perolehan kontrak dalam tangan kumpulan itu mencatatkan rekod tertinggi sebanyak RM46 bilion. 

MyRMK Diperkenal Tahun Depan, Pantau Pelaksanaan RMK13 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan memperkenalkan MyRMK, sistem pemantauan bersepadu bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada tahun depan, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd Nasir. 

Keyakinan Terhadap ASEAN Kekal Kukuh Walaupun Ketegangan Serantau Meningkat

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keyakinan terhadap ASEAN kekal kukuh walaupun terdapat perkembangan dan perhatian yang meningkat terhadap ketegangan serantau, termasuk situasi antara Thailand dan Kemboja.

SEDA Malaysia Promosikan Kemajuan Ekosistem Biotenaga Negara Menjelang ISES 2026

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) hari ini menganjurkan Forum Awal Sidang Kemuncak Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) 2026, sebagai sebahagian daripada persediaan menjelang ISES 2026 edisi ketujuh.

Kapten Izham Rakam Penghargaan Pada Taklimat Media Terakhir, Yakin Kepimpinan Baharu MAG

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Pengarah Urusan Malaysia Aviation Group (MAG) yang bakal bersara, Datuk Kapten Izham Ismail pada Isnin mengadakan taklimat rasmi terakhirnya bersama media, sekali gus menutup satu lembaran perjalanan lebih empat dekad beliau bersama syarikat penerbangan negara itu.

Lapangan Terbang, Peraturan Dan Prasarana Perlu Berkembang Seiring Lonjakan Permintaan Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Aspek lapangan terbang, peraturan serta infrastruktur di serata rantau ini perlu giat diperkemas agar seiring dengan lonjakan permintaan perjalanan udara, termasuk jangkaan ASEAN muncul sebagai ekonomi ketiga terbesar dunia dalam dekad seterusnya, kata Malaysia Aviation Group (MAG).

Sabah Perlu Bangun Industri Perikanan Laut Dalam Berdasarkan Rantaian Nilai - Arthur

KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Sabah perlu membangunkan industri perikanan laut dalam secara menyeluruh berdasarkan rantaian nilai merangkumi infrastruktur pendaratan, kemudahan pemprosesan berteknologi tinggi, sistem logistik sejuk serta akses pasaran eksport.

CILT Malaysia Sabah Iktiraf Kecemerlangan Industri, Serlah Pembaharuan Sektor

KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Industri logistik dan pengangkutan di Sabah dan Labuan menjadi tumpuan malam tadi apabila Seksyen Institut Logistik dan Pengangkutan Bertauliah Malaysia (CILTM) Sabah memberi pengiktirafan terhadap kecemerlangan industri berkenaan.

Persekitaran Stabil, Dasar Konsisten Dan Sokongan Pacu Kemajuan PKS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS), yang dianggap sebagai tulang belakang ekonomi menunjukkan perkembangan pada tahun ini selepas dipacu oleh persekitaran ekonomi yang lebih stabil dan pemulihan secara beransur dalam permintaan domestik, yang meningkatkan keyakinan perniagaan serta jualan di seluruh sektor.

CILTM Sabah Bantu Perkasa Sektor Logistik, Sokong Pelan Induk Komprehensif

KOTA KINABALU, 14 Dis (Bernama) -- Institut Bertauliah Logistik dan Pengangkutan Malaysia (CILTM) Seksyen Sabah mengesahkan kedudukannya sebagai peneraju utama industri dalam membentuk pembaharuan logistik dan pengangkutan Sabah, selepas memberikan sokongan berterusan, pembangunan profesional dan penglibatan dasar selama dua dekad.