BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 0-1 Terengganu FC | Liga Super: Penang FC 2-1 DPMM FC |  54 kapal GSF kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai Gaza -- KP SNCC  | Kapal GSF dijangka memasuki zon berisiko tinggi malam ini, berpotensi berdepan pemintasan - KP SNCC | Pada 6 petang, ringgit turun kepada 3.9515/9580 berbanding dolar AS, daripada 3.9300/9330 ketika ditutup pada Khamis | 

Terdapat 15 berita berdasarkan kata kunci carian " program budi95"

Malaysia Berada Di Landasan Capai Sasaran Defisit Susulan Penjimatan Subsidi BUDI95 Hingga RM4 Bilion

SHAH ALAM, 23 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencapai sasaran defisit belanjawan tahun ini sebanyak 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berikutan pelaksanaan program subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Larangan Kenderaan Asing Beli RON95 Kekal Walaupun Diapungkan - Amir Hamzah

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan hari ini menegaskan larangan bagi kenderaan nombor pendaftaran asing untuk membeli petrol RON95 masih kekal walaupun bahan api itu akan diapungkan untuk golongan bukan layak bagi subsidi itu.

Subsidi Bersasar RON95 Dijangka Kurangkan Defisit Fiskal, Tambah Baik Pengurusan Hutang Negara - Pakar Ekonomi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Rasionalisasi subsidi RON95 menunjukkan pencapaian penting dalam usaha pembaharuan struktur ekonomi Malaysia, dengan pengurangan perbelanjaan subsidi dijangka membantu mengurangkan defisit fiskal serta menambah baik kaedah pengurusan hutang kerajaan.