1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) dan Monash University Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh pembangunan bakat, kerjasama penyelidikan dan inovasi dalam industri sarung tangan getah negara.
1bulan ago
SHAH ALAM, 10 Mac (Bernama) -- Invest Selangor Bhd menyasarkan untuk melepasi nilai potensi transaksi perniagaan sebanyak RM8.17 bilion tahun lalu semasa Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2026, yang akan diadakan pada Oktober ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Fasa seterusnya pembangunan pasaran modal Malaysia akan dipacu oleh Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026-2030 yang menyasarkan pengembangan saiz pasaran antara RM1.5 trilion hingga RM2 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd menambah baik data segmen pelabur untuk memberikan butiran lebih terperinci mengenai penyertaan dagangan dalam pasaran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM209.26 juta pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 berbanding kerugian bersih RM202.67 juta pada tahun kewangan 2024.
1bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd sedang mencari jalan bagi mengintegrasikan perbankan Islam di seluruh rantau ini bagi memacu pertumbuhannya, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Shahriman Mohd Shariff.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Berdasarkan penilaian semasa dan langkah-langkah pematuhan yang telah diambil, setakat ini tiada isu kawal selia tertunggak berkaitan Binance yang memerlukan tindakan lanjut daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Golden Screen Cinemas (GSC) meluaskan peranannya melangkaui perniagaan pawagam dengan menjalin kerjasama strategik bersama Manulife Malaysia menerusi kempen ‘Life, Directed by You!’.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Pusat Inisiatif Masa Depan Asia Tenggara (SEAFIC) menyasarkan menghimpunkan penggubal dasar, pemimpin industri, ahli akademik dan inovator untuk mengenal pasti pendekatan yang akan membentuk hala tuju rantau ini dalam dekad akan datang daripada transformasi digital dan pertumbuhan hijau kepada daya tahan rantaian bekalan, aliran masuk pelaburan dan integrasi serantau yang lebih baik.
2bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengulangi komitmen Malaysia untuk kekal sebagai pembekal minyak sawit mampan yang boleh dipercayai kepada India.
2bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dengan aktiviti pembelian saham murah terpilih walaupun tanpa keadaan teknikal terlebih jual, susulan tiga sesi penurunan berturut-turut, kata seorang ahli ekonomi.
2bulan ago
SINGAPURA, 5 Feb (Bernama) -- SGX Group (Singapore Exchange) hari ini, mencatatkan keputusan separuh tahun yang paling kukuh, dengan keuntungan bersih melonjak sebanyak 11.6 peratus kepada S$357.1 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2026 berakhir 31 Dis 2025 berbanding S$320.1 juta (S$1 = RM3.09) yang dicatatkan dalam tempoh yang sama sebelumnya.