Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian " ruang kerja"

Kerjasama Invest Johor Dan NEOJAPAN Dijangka Wujud 300 Pekerjaan, Gaji Bermula RM4,000 - MB Johor

JOHOR BAHRU, 25 Jun (Bernama) -- Kerjasama antara kerajaan negeri Johor melalui Invest Johor dan syarikat teknologi Jepun, NEOJAPAN Inc. dimeterai baru-baru ini dijangka mewujudkan 300 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan gaji bermula RM4,000 untuk graduan baharu.

Malaysia Muncul Sebagai Hab Ruang Kerja Asia Tenggara Yang Paling Strategik Dan Mampan

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Malaysia semakin diiktiraf sebagai benefisiari utama dalam transformasi hartanah global selepas banyak syarikat multinasional berusaha menyelaraskan portfolio hartanah mereka dengan daya tahan operasi, kemampanan dan ruang kerja yang disediakan untuk masa hadapan.

Teo Nie Ching Teroka Teknologi Canggih Di MWC Barcelona 2025

Daripada Zairina Zainudin

BARCELONA (Sepanyol), 6 Mac (Bernama) -- Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching hari ini meluangkan masa hampir empat jam melawat beberapa pavilion penyedia peralatan rangkaian utama di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2025.

USO Labuan Teruskan Pengembangan Dengan Kemudahan Ketujuh Di Mid Valley

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 7 Feb (Bernama) -- Universal Serviced Offices (USO), penyedia pejabat perkhidmatan yang berpangkalan di Labuan, mengumumkan pengembangan terbarunya melalui kemudahan baharu di Mid Valley, Kuala Lumpur.

Acara Perabot Terbesar, MIFF 2025 Sasar Raih Peningkatan Jualan Lima Peratus

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 menyasarkan untuk mencapai peningkatan jualan sebanyak lima peratus tahun ini berbanding jualan di acara yang sama berjumlah US$1.28 bilion (US$1 = RM4.43) pada tahun lepas.

Gamuda Mulakan Projek 75 London Wall Bernilai RM6.6 Bilion, Raih Pinjaman RM2.75 Bilion

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 17 Jan  (Bernama) -- Usaha Gamuda Bhd dan pelabur hartanah berpangkalan di London, Castleforge membabitkan pembangunan semula 75 London Wall di United Kingdom (UK) bernilai £1.2 bilion (£1=RM 5.50) melakar detik bermakna menerusi majlis pecah tanah serta pemeteraian kemudahan pinjaman pembangunan bernilai £500 juta (RM2.75 bilion) yang juga antara jumlah terbesar sejak beberapa tahun lepas.

Sektor Hartanah Dijangka Catat Pertumbuhan Kukuh Pada 2025 - Rahim & Co

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Pasaran hartanah tempatan dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada 2025, didorong oleh momentum yang mampan dalam pembangunan kediaman penghuni pemilik dan wujudnya industri baharu seperti pusat data dan tenaga boleh baharu.

Terengganu Inc, MB Holding LLC Dari Oman Meterai MoU Teroka Potensi Kerjasama Industri

KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan MB Holding LLC Group dari Oman untuk tujuan meneroka potensi kerjasama industri di negeri tersebut.

Bekas Jurutera Manfaatkan Teknologi Ceburi Bidang Pertanian

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Didorong minat untuk mengkaji lebih mendalam sistem internet pelbagai benda (IoT) dalam bidang pertanian Abdul Mu'iz Hanafiah, 30, tekad untuk mengubah haluan kerjayanya daripada bidang kejuruteraan kepada pertanian kira-kira dua tahun lalu.