BERITA TERKINI   KDN akan tambah baik modul latihan syarikat keselamatan dan polis bantuan sesuai dengan potensi ancaman semasa -- Saifuddin Nasution | Gempa bumi lemah magnitud 3.8 dikesan 27 kilometer Selatan dari Kota Marudu, Sabah 10.39 pagi ini - MetMalaysia | Colform Group mula disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 40 sen iaitu premium 4.0 sen daripada harga asal IPO 36 sen, sejumlah 17.78 juta saham didagangkan | Usaha penjawat awam jaga nama baik negara, persiap acara antarabangsa perlu diberi penghargaan- PM Anwar | PM Anwar arah projek tebatan banjir, basmi miskin tegar dipercepatkan | 

Terdapat 86 berita berdasarkan kata kunci carian " senarai"

​​​​​​​Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu mengukuh, disokong oleh pasaran tenaga kerja AS yang lebih baik dan ekonomi yang kukuh, kata penganalisis.

FBM KLCI Pulih Disokong Belian Pada Harga Rendah Saham Perbankan, Telco

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- FBM KLCI kembali pulih daripada penurunan semalam dan ditutup tinggi sedikit pada Jumaat, dipacu oleh belian pada harga rendah saham perbankan dan telekomunikasi, meskipun prestasi lemah dalam bursa serantau. 

Sesi Dagangan Pagi Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Sesi dagangan pagi Bursa Malaysia diakhiri dengan prestasi bercampur-campur, mencerminkan sentimen pasaran yang sedikit berhati-hati, seiring dengan urusniaga tidak berubah dalam ekuiti Asia.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dipacu Aktiviti Buru Saham Berharga Rendah

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula ke wilayah positif pada awal dagangan Jumaat, dipacu oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah ketika pelabur mengambil kesempatan susulan penyusutan baru-baru ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini berikutan permintaan yang agak lemah selepas para peniaga kekal di luar pasaran menjelang data ekonomi Amerika Syarikat yang penting minggu ini, termasuk laporan senarai gaji bukan pertanian (NFP) pada Jumaat. 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin berikutan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lemah, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka kekal berhati-hati minggu depan berikutan pelabur bersiap sedia untuk memulakan 2025 dengan pendekatan berhati-hati, selain tumpuan kepada Hari Pelantikan Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dijadualkan pada 20 Januari, kata penganalisis.

Ringgit Akhiri 2024 Catat Prestasi Terbaik Dalam Kalangan Mata Wang Utama Asia

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit muncul sebagai mata wang mencatatkan prestasi terbaik di Asia Tenggara pada 2024, menyerlah berbanding negara-negara serantau lain di tengah-tengah landskap ekonomi global yang mencabar.

Petronas Buat Semakan Produktiviti Untuk Melestari Operasi, Hapus Ketidakcekapan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap produktivitinya bagi menyelaraskan kaedah kerjanya, menghapuskan ketidakcekapan serta memberi tumpuan kepada usaha yang memberi nilai dan boleh diukur.

Kendali DAX Secara Haram, SC Kenakan Tindakan Celaan Terhadap Bybit

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengenakan tindakan celaan terhadap Bybit Technology Limited (sebelum ini dikenali sebagai Bybit Fintech Limited) (Bybit) dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Ben Zhou (Yuchen Zhou) kerana mengendalikan pertukaran aset digital (DAX) di Malaysia tanpa pendaftaran.

Jualan 12.12 Lazada Dikuasakan AI Capai Penjimatan Pengguna Sebanyak US$483 Juta

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Jualan 12.12 All Out Lazada yang dikuasakan melalui kecerdasan buatan (AI) menjana penjimatan pengguna sebanyak US$483 juta di seluruh Asia Tenggara.

Pemaju Malaysia Raih 11 Kemenangan Pada Anugerah Propertyguru Asia Di Bangkok

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia meraih kejayaan besar pada majlis Anugerah Tahunan PropertyGuru Asia ke-19 di Hotel The Athenee, di Bangkok, apabila memenangi 11 anugerah berprestij.