16hari ago
VIENTIANE, 12 Okt (Bernama) - Sidang kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 yang baru sahaja menutup tirainya merupakan penampilan berjaya bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggesa negara anggota agar bukan sahaja meningkatkan kemakmuran menerusi inisiatif baharu tetapi juga agar pihak-pihak berkonflik meneruskan diplomasi untuk mencapai keamanan di rantau ini.
16hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
VIENTIANE, 12 Okt (Bernama) -- Pelabur Malaysia perlu merebut peluang pelaburan di Laos berikutan negara yang juga dikenali sebagai ‘Tanah Sejuta Gajah’ itu mempunyai potensi yang besar dalam sektor tenaga hidro, semikonduktor, pengangkutan, elektronik, logistik dan pasaran halal.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Acara Enlit Asia 2024 yang baru sahaja berakhir menggesa negara anggota ASEAN untuk bersatu, memajukan pendigitalan dan memacu inovasi untuk mempercepatkan agenda peralihan tenaga rantau ini.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Alliance Bank Bhd telah diiktiraf atas komitmennya untuk mempromosikan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.
17hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia komited untuk meneroka peluang perniagaan baharu di Laos yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua negara selain berhasrat untuk meningkatkan kerjasama dua hala, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
17hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail dan Rosmalis Anuar
VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia yang memegang tampuk kepengerusian ASEAN tahun depan akan meningkatkan usaha menarik pelaburan dan perdagangan rakan dialog blok itu ke rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia melihat peluang untuk meneroka kerjasama baharu dalam sektor halal dengan Kanada, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
17hari ago
VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Kerjasama ekonomi Malaysia-Kanada semakin kukuh dengan perdagangan dua hala mencecah RM8.05 bilion setakat Ogos lepas, meningkat sebanyak 41 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
18hari ago
Daripada Rosmalis Anuar
VIENTIANE, 11 Okt (Bernama) -- Malaysia menyambut baik cadangan pelaburan berjumlah US$14.7 bilion (US$1=RM4.29) oleh syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) -- Google, Microsoft, Enovix Corporation, Amazon Web Services, Abbott Laboratories dan Boeing.
18hari ago
Daripada Rosmalis Anuar
VIENTIANE, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kesimpulan lebih awal terhadap semakan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA), ketika Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-21 di sini hari ini.
18hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
VIENTIANE, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kerjasama antara negara anggota ASEAN dan Australia diperkukuhkan, terutama dalam bidang pembangunan modal insan.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) percaya Belanjawan 2025 akan memberi tumpuan yang kukuh terhadap kerjasama serantau, khususnya dalam bidang kewangan, kerangkuman kewangan dan perdagangan rentas sempadan.