Terdapat 17 berita berdasarkan kata kunci carian " sumisaujana"

Penampilan Sulung SumiSaujana Di Pasaran ACE Bermula Lemah Susulan Konflik Tarif

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana) membuat penampilan sulung yang hambar di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini, di tengah-tengah ketidaktentuan berterusan pasaran global susulan konflik tarif yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Kembimbangan Terhadap Tarif Timbal Balik AS

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki penurunan di Wall Street dan dalam persekitaran pelabur bersikap berhati-hati terhadap tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini.

SumiSaujana, MPOB Meterai Perjanjian Kerjasama Bahan Kimia Hijau Berasaskan Sawit

PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Pengeluar bahan kimia khusus industri minyak dan gas, SumiSaujana Group Bhd (SumiSaujana) hari ini memeterai perjanjian pelesenan dan pengkomersialan dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Tarif AS Mungkin Jejas Eksport Minyak Sawit Namun Malaysia Punya Kelebihan Daya Saing

PUTRAJAYA, 7 April (Bernama) -- Tarif baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) mungkin memberi impak kepada eksport minyak sawit Malaysia, namun negara ini mempunyai kelebihan daya saing berbanding pengeluar minyak sawit utama, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

SumiSaujana Sasar Kumpul RM74.4 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- Pengeluar bahan kimia khusus minyak dan gas (O&G) yang bakal disenaraikan di Pasaran  ACE, SumiSaujana Group Bhd mahu mengumpulkan RM74.4 juta daripada tawaran awam permulaannya (IPO).