Terdapat 19 berita berdasarkan kata kunci carian " tawaran pengambilalihan"

GDA Patuh Sepenuhnya Syarat Suruhanjaya Sekuriti Bagi Ambil Alih MAHB

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) hari ini menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya Peraturan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenai Pengambilalihan, Penggabungan dan Pengambilalihan Wajib.

Scanwolf Corporation Terima Notis Tawaran Pengambilalihan Mandatori

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd menerima notis tawaran pengambilalihan mandatori bersyarat daripada Maybank Investment Bank Bhd bagi pihak Mighty Alliance Sdn Bhd (MASB) (pembuat tawaran) untuk memperoleh semua baki saham biasa yang tinggal yang belum dimiliki oleh pembuat tawaran, pembuat tawaran muktamad bersama dan pihak yang bertindak bersama mereka (PAC).

Pelaburan KWSP Dalam MAHB Untuk Sokong Pembayaran Dividen

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Keputusan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli KWSP.

Tawaran Penstrukturan Semula Kepentingan MAHB Pada RM11 Sesaham Tawar Keuntungan Segera Kepada Pelabur - CIMB

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Tawaran penstrukturan semula kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham memberikan peluang kepada pelabur untuk merealisasikan keuntungan segera, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.

Konsortium Diterajui Syarikat Malaysia Cadang Ambil Alih MAHB Pada RM18.4 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan para pemegang sahamnya (Konsortium) hari ini mengumumkan hasrat untuk mengemukakan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat bagi semua saham dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada RM11 sesaham, mencerminkan nilai ekuiti berjumlah RM18.4 bilion.

Public Bank Cadang Ambil Alih 44.5 Peratus Pegangan Dalam LPI Capital Bernilai RM1.72 Bilion

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.

Pestech Cadang Terbitan Saham Terhad Kepada Dhaya Maju Bernilai RM160 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pestech International Bhd (Pestech) memeterai perjanjian langganan bersyarat dengan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) untuk cadangan terbitan terhad saham syarikat bernilai RM160 juta.