8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Hextar Global Bhd hari ini memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan Hextar Industries Bhd (HIB) dan Hextar Fertiliser Group Sdn Bhd bagi mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti dalam PK Fert Sdn Bhd (PKFT), PK Fertilizers Sdn Bhd (PKF) dan Hextar Fert Sdn Bhd (HFT) pada nilai RM120 juta.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 4.3 hingga 4.5 peratus pada 2026, mencerminkan peralihan semakin jelas ke arah pertumbuhan disokong oleh penggunaan isi rumah, aktiviti sektor perkhidmatan dan pembentukan pendapatan dalaman.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) - Infrastruktur digital Malaysia yang kukuh serta kestabilan politik dan dasar kerajaan telah memacu pelaburan teknologi dan digital ke dalam negara, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
9hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, didorong oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca buruk di negara pengeluar utama iaitu Thailand, kata seorang peniaga.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan awal Isnin dengan lebih rendah susulan tekanan jualan sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih selepas pasaran mencatat keuntungan, sebelum ini.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Usaha peralihan operasi MASwings kepada AirBorneo akan berkuat kuasa pada 1 Jan, 2026, selepas selesainya proses pemindahan pemilikan di bawah perjanjian jual beli (SPA) dimeterai Malaysia Aviation Group (MAG) dan kerajaan Sarawak pada 12 Feb, 2025.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) – Tahun 2025 menyaksikan ringgit menambat kedudukan sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia berbanding mata wang serantau lain dengan pengukuhan unit tempatan itu dipacu oleh asas ekonomi serta angka eksport yang memberangsangkan.
9hari ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Saudia Airlines sedang mengenal pasti peluang untuk meningkatkan kekerapan penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi utama Arab Saudi pada 2026.
10hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Pembangunan rel Malaysia mencatatkan kemajuan yang ketara sepanjang 2025, ditandai dengan pencapaian utama dalam projek mega negara, cita-cita rentas sempadan yang diperbaharui dan perancangan yang lebih hebat untuk ketersambungan pengangkutan jangka panjang.
11hari ago
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) melantik Abu Bakar Yusof sebagai ketua pegawai eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini.
12hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini susulan penurunan dalam niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang lebih rendah, kata seorang peniaga.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkatannya pada tengah hari Jumaat, didorong aktiviti belian saham wajaran tinggi terpilih yang didahului oleh kaunter kewangan.