Terdapat 88 berita berdasarkan kata kunci carian " turkiye"

PM Anwar Yakin Sasaran Perdagangan Dua Hala Dengan Turkiye Dapat Dicapai

Daripada Muhammad Saufee Rosman

ISTANBUL, 8 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin sasaran perdagangan dua hala bernilai US$10 bilion (US$1 = RM4.05) Malaysia-Turkiye dapat dicapai berdasarkan program dan pelaburan yang sedang berjalan.

Malaysia, Turkiye Sasar Sinergi Dalam Pertahanan, Tenaga Dan Industri Teknologi Tinggi - PM Anwar

Daripada Muhammad Saufee Rosman

ISTANBUL, 8 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam industri strategik dengan saling memanfaatkan kekuatan dalam sektor pertahanan, tenaga dan teknologi tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melaka Bekerjasama Dengan Turkiye Bangunkan Projek Limbungan Kapal Bernilai RM1.8 Bilion

MELAKA, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan Melaka mahu memperkukuh kedudukannya sebagai hab maritim serantau apabila mengadakan lawatan rasmi ke Desan Shipyard, Istanbul untuk memuktamadkan kerjasama strategik projek Enrique of Malacca Shipyard, sebuah limbungan kapal moden bernilai RM1.8 bilion.

PM Anwar Gesa Malaysia-Turkiye Bekerjasama Dalam Bidang Teknologi, Digitalisasi Dan AI

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Turkiye perlu bekerjasama dalam bidang seperti perkongsian teknologi, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) untuk menghadapi cabaran global dan mencapai kemakmuran bersama, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ekonomi Sedang Pesat Membangun Perlu Sokong Pakatan Baharu, Tidak Ikut Telunjuk Kuasa Besar - Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Januari (Bernama) – Ekonomi sedang pesat membangun perlu menyedari bahawa masa depan mereka tidak semestinya mengikut telunjuk kuasa besar, tetapi sebaliknya keupayaan mereka sendiri untuk menjalin pakatan ekonomi baharu yang saling memberi manfaat.

Malaysia Airports Perkukuh Pertumbuhan Jangka Panjang Menerusi Pemodenan ISG

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus melaksanakan usaha pelaburannya lebih awal dalam memenuhi permintaan berterusan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG), Turkiye.

PM Anwar Tiba Di Afrika Selatan Bagi Hadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20

Daripada M.Saraswathi

PRETORIA, 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Afrika Selatan pada  6.38 malam waktu tempatan pada Khamis (12.38 pagi Jumaat waktu Malaysia) bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin Kumpulan 20 (G20).

AirAsia X Tinjau Potensi Laluan Baharu Eropah Tahun Depan

Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid

ISTANBUL (TÜRKIYE), 17 Nov (Bernama) -- AirAsia X (AAX) sedang merancang untuk meneroka beberapa destinasi tambahan di Eropah yang disasarkan untuk dilancarkan tahun depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Benyamin Ismail.

Penerbangan Pertama AirAsia X Ke Istanbul Catat Permintaan Tinggi Dua Hala

Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid

ISTANBUL (TURKIYE), 17 Nov  (Bernama) -- Penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Istanbul, Turkiye, mencatat permintaan kukuh bagi kedua-dua hala, dengan penerbangan dari Kuala Lumpur beroperasi pada 81 peratus kapasiti dan penerbangan balik hampir 89 peratus penuh.

MWE 2025 Jana Jualan Eksport RM177.56 Juta Melalui Kerjasama MATRADE–MTC

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dengan kerjasama Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), meraih eksport bernilai RM177.56 juta melalui program penyumberan antarabangsa yang diadakan sempena Ekspo Kayu Malaysia (MWE) 2025.

Harga Minyak Brent Lonjak Enam Peratus Dalam Sehari Selepas AS Sekat Dua Firma Rusia

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan terbaharu ke atas dua syarikat minyak terbesar Rusia - Rosneft dan Lukoil, terbukti melonjakkan harga minyak mentah Brent sebanyak enam peratus dalam masa sehari ketika peniaga dan pihak penapis minyak bergelut mendapatkan bekalan alternatif, kata Rystad Energy.