Terdapat 28 berita berdasarkan kata kunci carian " wef"

Potensi Besar ASEAN Mesej Utama Malaysia Di WEF 2025 - PM Anwar

DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penekanan terhadap potensi besar rantau ASEAN merupakan mesej utama yang disampaikan sempena kehadiran beliau di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini.

WEF 2025: Syarikat Australia Setuju Melabur Dalam Tenaga Alternatif Hidrogen Hijau Di Sarawak - Perdana Menteri

DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Syarikat perlombongan logam global dari Australia, Fortescue telah bersetuju untuk melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di Bintulu, Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dialog WEF PM Anwar - Daripada Manchester United, Cabaran Serantau Hingga Imbangi Dinamik Kuasa Besar Global

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri dan Pengerusi ASEAN Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan impak yang besar di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland, dengan menyertai perbincangan daripada perbualan santai mengenai kelab bola sepak kegemaran beliau hinggalah kepada hubungan antarabangsa yang dinamik dan rumit serta cabaran dan kejayaan integrasi serantau.

Sebagai Pengerusi ASEAN Malaysia Beri Tumpuan Kepada Tenaga, Ketersambungan - PM Anwar

DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia menyasar untuk memberi keutamaan kepada tenaga dan ketersambungan dengan tumpuan membina kepercayaan dan keterangkuman dalam kalangan negara anggota.

ASEAN Tumpu Perkukuh Asas Dan Kerjasama Ekonomi, Tingkat Perdagangan - PM Anwar 

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland) 22 Jan (Bernama) -- Negara anggota ASEAN menumpu untuk mengukuhkan asas ekonomi, kerjasama dan meningkatkan perdagangan sesama anggota, yang setakat 2023, mencatatkan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak US$3.8 trilion (US$1=RM4.43)

Dasar Jelas Ekonomi Madani Bantu Malaysia Raih Pelaburan Utama Industri AI- PM Anwar

DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.

PM Anwar Akan Bertemu Pengasas WEF, Pimpin Sesi Pleno ASEAN Pada Akhir WEF 2025

DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Jadual padat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di hari terakhir Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 pada Rabu, akan dimulakan dengan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab.

Anwar Bertemu Enam MNC Termasuk Google, Nestle Di Luar WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 21 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin perniagaan daripada enam syarikat multinasional (MNC) termasuk AstraZeneca, Fortescue, DP World, Medtronics, Nestle dan Google.

Mesyuarat Perniagaan, Ekonomi Digital ASEAN Antara Agenda Padat PM Anwar Di Awal WEF 2025

DAVOS (Switzerland), 21 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan agenda padat hari pertama beliau di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini dengan menghadiri mesyuarat perniagaan bersama syarikat-syarikat multinasional.

PM Anwar Tiba Di Davos Untuk Hadiri Mesyuarat Tahunan WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 20 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Isnin untuk lawatan kerja selama tiga hari menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.