2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2025 masing-masing mencatat purata 1.4 peratus dan 2 peratus, berbanding 1.8 peratus pada 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Permintaan domestik yang kukuh telah membantu Malaysia mengatasi anggaran awal, menaikkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 kepada paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun sebanyak 6.3 peratus dan pertumbuhan tahun penuh kepada 5.2 peratus, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pengukuhan ringgit ke RM3.89 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras tertinggi dalam tempoh hampir lapan tahun, mencerminkan keyakinan pelabur yang semakin teguh terhadap asas ekonomi negara walaupun persekitaran global kekal mencabar.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia dijangka merekodkan peningkatan tidak ketara dari segi minat pembelian pada tahun ini, walaupun terdapat asas yang tinggi pada 2025, disokong oleh prospek yang kekal positif serta asas permintaan yang kukuh, menurut MBSB Investment Bank.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.2 peratus pada 2025, mengatasi unjuran 4.0 hingga 4.8 peratus, dipacu permintaan domestik yang kukuh serta prestasi eksport yang menggalakkan, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit meningkat 3.9 peratus berbanding dolar AS pada suku keempat 2025, didorong oleh faktor luaran dan dalam negeri, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS pada Jumaat, berada hampir kepada paras tertinggi dalam tempoh hampir lapan tahun didorong oleh dolar AS rendah secara berterusan dan prospek ekonomi domestik yang lebih baik meningkatkan sentimen terhadap mata wang tempatan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- MUFG Bank Ltd menjangkakan ringgit akan terus mengukuh ke arah 3.7000 menjelang akhir‑2026 berbanding dolar US, disokong oleh kitaran kenaikan nilai ringgit yang lebih bertahan selepas dipacu oleh asas struktur.
3hari ago
SINGAPURA, 12 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini membentangkan Belanjawan 2026, dengan tumpuan kepada meningkatkan usaha memperbaharui strategi ekonomi negara.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan nilai pelaburan berpotensi berjumlah RM600 juta melalui pameran Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2026, meningkat daripada RM424 juta yang dicatatkan tahun lepas.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila melonjak ke paras tertinggi baharu 3.8995 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis yang menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, dalam persekitaran harga minyak mentah bercampur-campur, mencerminkan pengukuhan ringgit dan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.