24hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, didorong oleh harapan terhadap penyelesaian konflik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran walaupun keadaan masih amat tidak menentu.
24hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan penjualan berterusan ke atas saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian serta utiliti yang menjejaskan sentimen pasaran.
24hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong peningkatan sentimen pasaran dan keyakinan pelabur terhadap kemajuan rundingan AS dan Iran.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil antara RM3.95 hingga RM3.97 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan disebabkan minggu dagangan yang lebih pendek.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh ketegangan geopolitik yang semakin reda di Asia Barat serta prospek makroekonomi Malaysia yang bertambah baik.
28hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh asas domestik Malaysia yang memberangsangkan.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan, produk dan perkhidmatan pengguna serta perladangan.
28hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street berikutan sentimen positif selepas Amerika Syarikat (AS) memberi petunjuk bahawa perang dengan Iran mungkin akan berakhir tidak lama lagi.
29hari ago
KUCHING, 20 Mei (Bernama) -- Sarawak mengunjurkan kutipan hasil sebanyak RM13.04 bilion pada tahun ini, kata Timbalan Premier merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengukuh sedikit pada tengah hari berikutan pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi, didahului sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perkhidmatan kewangan serta utiliti.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pemaju yang melaksanakan projek memberikan pulangan sosial dan alam sekitar yang kukuh serta seiring dengan keutamaan serantau akan menerima sokongan kerajaan yang lebih kuat, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.