Terdapat 21 berita berdasarkan kata kunci carian "harapan"

HLIB Jangka Belanjawan 2025 Imbangi Disiplin Fiskal Dan Pertumbuhan KDNK

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan Belanjawan 2025 akan menepati laluan pengukuhan fiskal secara bertanggungjawab, dengan sasaran defisit fiskal yang lebih rendah daripada -4.3 peratus kepada -3.9 peratus.

Belanjawan 2025: MBAM Harap Cukai, Duti Lebih Rendah Ke Atas Jentera Pembinaan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Cukai dan duti yang lebih rendah ke atas jentera pembinaan, peningkatan akses kepada pembiayaan dan kadar faedah yang munasabah untuk peserta industri dan pembina adalah antara cadangan Belanjawan 2025 yang dikemukakan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM).

Industri Maritim Harap Insentif Belanjawan 2025 Untuk Pertumbuhan, Penyahkarbonan

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Peserta utama dalam industri maritim mengharapkan insentif Belanjawan 2025 untuk merangsang pertumbuhan dan memajukan agenda pembangunan hijau, khususnya melalui sokongan bagi pembelian kapal rendah karbon, pelaburan pelabuhan hijau dan perluasan infrastruktur.

Kajian Semula Kumpulan Cukai Pendapatan Dialu-alukan Dalam Belanjawan 2025 - PwC Malaysia

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- PwC Malaysia percaya kajian semula kumpulan cukai pendapatan peribadi untuk kumpulan berpendapatan sederhana dalam Belanjawan 2025 akan menjadi langkah yang dialu-alukan berikutan dengan kebimbangan meningkatnya kos sara hidup rakyat.

Belanjawan 2025: Bon Hijau, Rebat Cukai Bantu Firma Telekomunikasi Beralih Kepada TBB

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Langkah memperkenalkan bon hijau yang kompetitif, pengurangan atau rebat cukai menerusi Belanjawan 2025 akan menggalakkan syarikat termasuk firma telekomunikasi untuk beralih kepada tenaga boleh baharu (TBB) dalam operasi masing-masing.

Ringgit Mengukuh Susulan Penurunan Kadar AS, Prospek Positif Ekonomi Malaysia - BNM

KUALA LUMPUR, 25 Sept  (Bernama) -- Ringgit meningkat dengan kukuh berbanding dolar AS, terutamanya sejak awal Julai, susulan pergerakan kadar faedah yang lebih jelas di negara maju, terutamanya Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa berikutan peningkatan permintaan, didorong harapan pelabur terhadap penurunan kadar yang selanjutnya oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan langkah rangsangan ekonomi dari China.

Kerajaan Disaran Tangani Jurang Grid Nasional Untuk Dorong Pengeluaran TBB

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Kerajaan Malaysia perlu memperuntukkan lebih banyak sumber untuk menambah baik pencawang dan grid nasional, kata Asiarecs Pte Ltd Singapura.

Niaga Hadapan Emas Didagangkan Kukuh Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka didagangkan kukuh pada minggu depan, menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) pada 17 hingga 18 Sept ini.