Terdapat 6748 berita berdasarkan kata kunci carian "mbi"

Permintaan Buruh Malaysia Meningkat 1.8 Peratus Tahun Ke Tahun, Rekod 9.23 Juta Jawatan Pada ST1 2026

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Permintaan buruh Malaysia meningkat 1.8 peratus tahun ke tahun, merekodkan 9.23 juta pekerjaan pada Suku Tahun Pertama 2026 (ST1 2026), menurut Statistik Guna Tenaga ST1 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Yayasan IFRS Lantik ESGright Sebagai Rakan Pendidikan Bertauliah Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- ESGright Sdn Bhd dilantik sebagai Rakan Pendidikan Bertauliah pertama di Malaysia bagi Kelayakan Asas Perakaunan Kelestarian (FSA) oleh Yayasan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS).

Pertumbuhan KDNK Suku Pertama Dijangka Tepati Unjuran Awal 5.3 Peratus Atau Lebih Baik - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku pertama tahun ini dijangka menepati unjuran awal 5.3 peratus atau berpotensi mencatatkan prestasi lebih baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

MTDC Perkukuh Laluan Pertumbuhan Syarikat Teknologi Menerusi R2G 2026

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) sedang memperkukuh akses industri dan laluan pertumbuhan bagi syarikat-syarikat teknologi menerusi inisiatif Road To Growth (R2G) 2026 Wilayah Tengah.

Kerajaan Teliti Insentif Trak EV Bagi Kurangkan Kos Subsidi Diesel

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang mengenal pasti kaedah bagi memberi insentif kepada pengendali pengangkutan menggunakan trak elektrik (EV) yang menjadi sebahagian usaha jangka panjang mengurangkan kos subsidi diesel.

Aktiviti Pasaran Harta Tanah Suku Pertama 2026 Tumbuh Sederhana, 89,966 Transaksi Bernilai RM51.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Aktiviti pasaran harta tanah negara mencatat pertumbuhan sederhana dengan 89,966 transaksi bernilai RM51.9 bilion pada suku pertama 2026, kata Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta Abdul Razak Yusak.

PMB Investment Umum Agihan Pendapatan 4.0 Sen Seunit Bagi PMB-An-Nur Waqf Income Fund

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- PMB Investment Bhd, syarikat pengurusan dana Islam (IFMC) di bawah Pelaburan MARA Bhd, mengumumkan agihan pendapatan 4.00 sen seunit bagi PMB-An-Nur Waqf Income Fund untuk tahun kewangan berakhir pada 30 April, 2026. 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Bursa Serantau

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan merentasi pasaran serantau dalam persekitaran minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih.

CILTM Cadang Sabah Bangunkan Kerangka Kerja Daya Tahan Maritim Perkukuh Ekosistem Logistik

LABUAN, 13 Mei (Bernama) -- Chartered Institute of Logistics and Transport Malaysia (CILTM) Sabah mencadangkan agar negeri itu membangunkan rangka kerja daya tahan maritim dan pengagihan semula aliran kargo bagi memperkukuh ekosistem logistik negeri.

ICW Borneo 2026 Pacu Industri Pembinaan Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo 2026 dilancarkan secara rasmi di Kota Kinabalu semalam, menandakan penganjuran kali kedua acara industri pembinaan serantau yang memfokuskan pembangunan industri, perbincangan teknikal dan penglibatan pemain industri di Malaysia Timur.

SKP Anjur Taklimat Industri Menjelang Kebenaran Operasi Di Bawah AKP Jun Ini

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) sedang mempergiat usaha libat urus industri bagi meningkatkan kesiapsiagaan penggiat menjelang pelaksanaan proses kebenaran beroperasi meliputi pelesenan dan pendaftaran di bawah Akta Kredit Pengguna (AKP) 2025.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, meskipun pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) mencatat prestasi lebih kukuh susulan aktiviti pengambilan untung.