Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian "oppo"

Malaysia Sasar Dapatkan Teknologi Maju, Pelaburan Bagi Proses Ree - Rafizi

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan kemajuan pembangunan industri unsur nadir bumi (REE) seiringan dengan sektor huluan dan hiliran bagi memenuhi keperluan industri itu, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Transaksi Ringgit-Rubel, Perjanjian Perdagangan Kukuh Hubungan Ekonomi Malaysia-Rusia

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang perniagaan boleh diteroka yang belum dimanfaatkan dengan perniagaan Rusia di tengah-tengah kebimbangan mengenai kenaikan tarif, membuka peluang kepada kedua-dua negara meningkatkan volum perdagangan dan mengukuhkan hubungan ekonomi.

Malaysia, Rusia Perkukuh Hubungan, Tumpu Kepada Peluang Perdagangan Melalui ASEAN, BRICS

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Syarikat Malaysia digalakkan meneroka peluang luas yang ditawarkan oleh perniagaan Rusia, terutamanya dalam bidang pendigitalan dan teknologi maklumat (IT), menurut Roscongress Foundation.

ASEAN-BAC Malaysia Sasar Kukuhkan Hubungan Ekonomi Serantau

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia komited untuk memupuk hubungan ekonomi yang lebih erat di rantau ini semasa negara ini bersedia untuk memegang jawatan pengerusi tahun depan.

Forum Perniagaan Antarabangsa Rusia-Asean Tindakan Susulan Lawatan PM Anwar Ke Vladivostok

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Forum Perniagaan Antarabangsa “World of Opportunities: Russia-ASEAN” yang julung kali diadakan bermula hari ini adalah tindakan susulan yang pantas daripada Rusia berikutan lawatan kerja dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vladivostok, Rusia pada September.

PM Anwar Dijadual Terima Pingat El Sol Del Peru Dalam Lawatan Sulung Ke Amerika Latin - Duta 

LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru” sebagai satu penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan semasa lawatan sulung beliau ke negara Amerika Latin sejak menggalas tanggungjawab berkenaan pada 2022. 

KL Jadi Tuan Rumah Forum Perniagaan Antarabangsa ‘World Of Opportunities: Russia-ASEAN’

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Forum Perniagaan Antarabangsa “World of Opportunities: Russia-ASEAN” dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 26 hingga 27 Nov, 2024 bertujuan mengukuhkan kedudukan pemain ekonomi utama di rantau ini.

Johor Raih Potensi Pelaburan Bernilai US$190 Juta Dari Korea Selatan - Menteri Besar

JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor telah mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat terkemuka Korea Selatan yang berpotensi membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira US$190 juta (US$1=RM4.3755) ke negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.