Terdapat 952 berita berdasarkan kata kunci carian "pekerjaan"

Malaysia Pamer Ketahanan Ekonomi Kental Meskipun Berdepan Ketegangan Perdagangan - IMF

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Malaysia mempamerkan daya tahan ekonomi yang kental tahun ini meskipun berdepan ketegangan dan ketidakpastian dasar perdagangan global, disokong oleh penggunaan dan pelaburan domestik, peningkatan pekerjaan dan kitaran kukuh sektor teknologi global.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Disokong Pengukuhan Ringgit, Kenaikan Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan di pasaran serantau, disokong oleh pengukuhan ringgit yang meningkatkan sentimen pasaran susulan prestasi positif Wall Street semalaman.

MyRMK Diperkenal Tahun Depan, Pantau Pelaksanaan RMK13 - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan memperkenalkan MyRMK, sistem pemantauan bersepadu bagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) pada tahun depan, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Akmal Nasrullah Mohd Nasir. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Prestasi Hambar Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika dibuka pada Rabu berikutan pengambilan untung awal yang sederhana, menjejaki pasaran serantau yang hambar dan petunjuk bercampur-campur dari Wall Street.

Ringgit Kekal Kukuh, Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya pada Selasa, ditutup pada paras 4.08 berbanding dolar AS menjelang pengumuman data pekerjaan bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini.

Negeri Sembilan Lancar Bandar Pembuatan AI Fotonik Bernilai US$20 Bilion

SEREMBAN, 16 Dis (Bernama) -- Negeri Sembilan telah mengumumkan pembangunan Bandar Pembuatan AI Fotonik Termaju Nilai, inisiatif pengkomputeran fotonik dan semikonduktor berskala besar pertama seumpamanya di dunia.

Industri Sawit Kekal Stabil Pada 2026, Tumpu R&D Dan Peningkatan Hasil – Johari

BANGI, 16 Dis (Bernama) -- Industri sawit negara dijangka kekal stabil dan berdaya saing pada tahun depan, didorong oleh usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan, hasil serta amalan mampan yang dipertingkatkan sejajar dengan keperluan pasaran global.

RUU Pekerja Gig Malaysia 2025 Capai Penanda Aras Baharu, Lindungi 1.2 Juta Pekerja

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Ekonomi gig Malaysia mencatatkan prestasi yang lebih baik pada 2025 berbanding 2024, dipacu oleh momentum ekonomi yang positif dan pendekatan dasar yang menyokong, namun kemuncaknya tidak dapat dinafikan lagi iaitu kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig 2025.

Flexi Flex Dari Labuan Raih Anugerah SME100 - Syarikat Paling Pesat Berkembang

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 15 Dis (Bernama) -- Flexi Flex Hydraulics Sdn Bhd mencipta sejarah sebagai syarikat pertama dari Labuan yang memenangi anugerah berprestij “SME100 Malaysia – Fastest Growing Companies Award” (Syarikat Paling Pesat Berkembang), sekali gus menunjukkan kepimpinan dan sumbangannya terhadap pembangunan industri di rantau ini.

Sabah Perlu Bangun Industri Perikanan Laut Dalam Berdasarkan Rantaian Nilai - Arthur

KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Sabah perlu membangunkan industri perikanan laut dalam secara menyeluruh berdasarkan rantaian nilai merangkumi infrastruktur pendaratan, kemudahan pemprosesan berteknologi tinggi, sistem logistik sejuk serta akses pasaran eksport.

Kemudahan Pengurusan Sisa Terjadual Pertama Sabah Di SOGIP Buka Peluang Pekerjaan Baharu

SIPITANG, 13 Dis (Bernama) -- Pelaburan strategik lebih RM1 bilion bagi membangunkan mini kemudahan pengurusan sisa terjadual di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) di sini,  bakal membuka peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Sabah, sekali gus menyokong pertumbuhan industri mampan, selamat dan berdaya saing.