Terdapat 4532 berita berdasarkan kata kunci carian "perda"

Pelancaran Pelan Tindakan, Pelan Induk JS-SEZ Ditangguh

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pelancaran pelan induk dan pelan tindakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dijadualkan pada 30 Mac ini di Johor Bahru, ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Menjejaki Kenaikan COMEX AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa menjejaki kenaikan yang dicatatkan di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

RISDA Perkukuh Industri Getah Melalui Agenda Pembeli Getah Utama

KUALA LUMPUR,17 Mac (Bernama) -- Dalam tempoh pelaksanaan aktif agenda Pembeli Getah Utama sejak awal Januari 2026, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah membeli dan mengumpul 1,197.77 tan getah dengan nilai belian terkumpul RM3.79 juta setakat Februari.

Sektor Pembuatan Stabil Pada Separuh Kedua 2025, Dijangka Meningkat Pada 2026 - FMM

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia stabil pada separuh kedua 2025  berikutan kelemahan awal, dengan peningkatan beransur-ansur dijangka pada separuh pertama 2026, kata Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM).

Megah Port Management, Lembaga Pelabuhan Labuan Meterai Perjanjian Bagi Pacu Operasi

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) dan Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) hari ini memeterai perjanjian lanjutan operasi, kemudahan dan pengurusan serta perjanjian pemajakan bertujuan mengukuhkan lagi operasi pelabuhan dan perkhidmatan maritim di pulau bebas cukai itu. 

Kompleks Pembungkusan, Pembuatan Pemasangan Intel Bakal Beroperasi Lewat Tahun Ini - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pelaburan Intel di Malaysia bakal berkembang dengan kompleks pembungkusan termaju dan pembuatan pemasangan akan bermula operasi pada lewat tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Keluarkan Pharmaniaga Daripada Status PN17 Berkuat Kuasa Esok

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia berkata Pharmaniaga Bhd akan dikeluarkan daripada status PN17 berkuat kuasa 9 pagi esok.

Konflik Asia Barat: Tiada Pakej Rangsangan Ekonomi Buat Masa Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Disokong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh kelemahan sederhana dolar, namun ketidaktentuan geopolitik yang berterusan serta harga minyak yang tinggi mengehadkan kenaikan.

Sabah Pantau Kesan Konflik Global Terhadap Rantaian Bekalan Barangan

KOTA KINABALU, 14 Mac (Bernama) -- Sabah sedang memantau kesan konflik global terhadap sistem rantaian bekalan barangan serta implikasinya kepada pengguna di negeri itu menerusi Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET).

Bekalan Yang Pelbagai Lindungi Malaysia Daripada Gangguan Minyak Serta-merta - MPRC

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan minyak mentah dan produk yang pelbagai, serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Penyelarasan Harga Minyak Bantu Atasi Kenaikan Mendadak, Jamin Bekalan Berterusan - BHPetrol

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan penyelarasan harga melalui Mekanisme Harga Automatik (APM) dilihat sebagai instrumen kritikal dalam menghadapi turun naik harga minyak dunia bagi menjamin kelangsungan bekalan bahan api negara.