Terdapat 179 berita berdasarkan kata kunci carian "petronas dagangan"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Walaupun Prestasi Semalaman Wall Street Merosot

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi semalaman Wall Street merosot.

Bursa Malaysia Teruskan Peningkatan Dipacu Belian Saham Murah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dipacu oleh belian saham murah, meneruskan pemulihannya daripada kemerosotan dicatatkan minggu lepas walaupun kehilangan momentum peningkatan selepas mencapai paras tertinggi pada sesi awal, kata seorang ahli ekonomi.

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Belian Saham Mewah

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari ini didorong oleh aktiviti pembelian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor perkhidmatan kewangan, telekomunikasi dan media.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street didorong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah selepas penjualan pada minggu sebelumnya.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Baharu

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh minat belian baharu dalam saham perbankan berikutan momentum dagangan meningkat pada akhir dagangan, kata penganalisis.

MPOB Dalam Usaha Perluas Penggunaan B20 Di KLIA -- KPK

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang berbincang dengan syarikat pengendali kenderaan darat dan pembekal minyak biodiesel B20 untuk mengadun bahan api itu dalam usaha memperluas penggunaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).  

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Pelabur Ambil Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami penurunan selepas merekodkan kenaikan baru-baru ini untuk dibuka rendah pada Rabu, apabila pelabur mengambil untung susulan pasaran mencapai paras tertinggi baharu dan menilai prestasi tidak menentu di Wall Street, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum kenaikan dengan dibuka tinggi pada Isnin berikutan dana asing terus membeli saham tempatan, mencerminkan keyakinan luar yang berterusan terhadap pasaran Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Pengambilan Untung Sederhana

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas ditutup kukuh sehari sebelum itu.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Dipengaruhi Ketegangan Geopolitik

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah semalaman di Wall Street, susulan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat berkenaan dengan pengambilalihan Greenland yang menjejaskan sentimen pelabur.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Dalam Persekitaran Sentimen Bercampur-campur Serantau

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit selepas aktiviti belian pada saat akhir menyebabkannya meningkat ke paras tertinggi hari ini iaitu 1,712.33 ketika ditutup dalam persekitaran sentimen serantau yang bercampur-campur.

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Aktiviti pengambilan untung mendorong Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin berikutan harga saham yang tidak banyak berubah selepas melepasi paras tertinggi baharu untuk beberapa kali pada minggu lepas.