Terdapat 335 berita berdasarkan kata kunci carian "smr"

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Khamis, disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai berikutan data ekonomi China yang menggalakkan, kata peniaga.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, seiring dengan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Penurunan Serantau

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dalam perkembangan bercampur-campur mengenai konflik Asia Barat, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan dolar AS yang lebih kukuh dalam sentimen bercampur-campur di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bursa Malaysia Tinggi Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengukuh sedikit pada tengah hari berikutan pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi, didahului sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perkhidmatan kewangan serta utiliti.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Saham Modal Kecil

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih tinggi, didorong minat belian bagi saham bermodal kecil ketika beberapa kaunter wajaran tinggi diasak aktiviti pengambilan untung.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Pelabur Kekal Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, apabila sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan aktiviti dagangan yang suram, dengan peserta pasaran terus menilai persekitaran makroekonomi dan geopolitik secara keseluruhan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Dipacu Pembelian Saham Mewah Semasa Harga Murah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Selasa, dipacu pembelian saham mewah terpilih ketika harga murah selepas dua sesi dagangan terakhir sebelum ini ditutup rendah, kata penganalisis.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur, Seiring Niaga Hadapan Getah Serantau

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, seiring prestasi niaga hadapan getah serantau dan peningkatan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal berada dalam kedudukan positif pada tengah hari, mencerminkan prestasi memberangsangkan kebanyakan negara serantau dan disokong oleh sentimen positif susulan keuntungan besar di Wall Street semalam.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Peningkatan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Selasa, mencerminkan prestasi positif Wall Street semalaman dalam persekitaran jangkaan kesan limpahan minat belian ke dalam FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan Saat-Saat Akhir

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Tekanan jualan saat-saat akhir mengheret Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin selepas merekodkan kenaikan awal, apabila pengambilan untung dalam saham perbankan dan pengangkutan berwajaran tinggi menjejaskan sentimen pasaran secara keseluruhan.