Terdapat 3567 berita berdasarkan kata kunci carian "th"

E-Dagang Malaysia Berdaya Tahan, Pertumbuhan Masa Depan Bertumpu Pada Kualiti Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Sektor e-dagang Malaysia kekal berdaya tahan walaupun tingkah laku pengguna mengalami perubahan dan ketidaktentuan ekonomi global, dengan fasa pertumbuhan seterusnya dijangka menumpukan kepada pelaksanaan berbanding pengembangan khususnya dalam menyediakan perkhidmatan yang konsisten, mampu milik dan boleh dipercayai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Bagi Sesi Ke-12 Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkat pada Isnin, dibuka lebih tinggi untuk sesi ke-12 berturut-turut menjelang minggu dagangan yang singkat kerana cuti umum menjelang Tahun Baharu.

Nilai Eksport Negara Catat RM1.45 Trilion Setakat November Tahun Ini - Pengerusi MATRADE

KEPALA BATAS, 28 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan nilai eksport negara mencecah RM1.45 trilion bagi tempoh Januari hingga November tahun ini, manakala jumlah dagangan keseluruhan mencapai RM2.77 trilion bagi tempoh sama.

Naik Taraf Stesen KTM Butterworth, Pembesaran Terminal Kargo Pacu Keseimbangan Pembangunan Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 28 Dis (Bernama) -- Projek naik taraf Stesen KTM Butterworth dan pembesaran Terminal Kargo Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) berpotensi menjadi pemangkin penting ke arah mencapai pembangunan lebih seimbang antara bahagian pulau dan Seberang Perai.

Ringgit Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, berlegar antara 4.03 dan 4.05 berbanding dolar AS di tengah-tengah minggu dagangan yang pendek berikutan cuti umum.

Pasaran Getah Dijangka Perlahan Dengan Sedikit Kenaikan Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Pasaran getah dijangka perlahan dengan kecenderungan untuk bergerak lebih tinggi minggu depan, kata pakar industri Denis Low.

Niaga Hadapan KLCI Dijangka Turun Minggu Depan Disebabkan Cuti Hujung Tahun

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kontrak FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) (FKLI) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lemah minggu depan, mencerminkan keadaan cuti akhir tahun dan pergerakan dalam pasaran asas tunai.

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, tetapi dijangka mengekalkan momentumnya apabila ia cuba melepasi paras 4.03 pada sesi pagi. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung mengakhiri rentetan kenaikannya selama lima hari dagangan.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Pengukuhan Ringgit

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki keuntungan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah stabil, bagaimanapun ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS telah menjejaskan sentimen.

Bursa Malaysia Susut Pada Tengah Hari Diasak Minggu Dagangan Singkat

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari Jumaat susulan aktiviti pengambilan untung yang ketara di tengah-tengah tempoh dagangan singkat berikutan cuti serta sentimen pasaran serantau yang bercampur-campur.