Terdapat 148 berita berdasarkan kata kunci carian "tnb"

FBM KLCI Turun Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penurunan ketika awal dagangan pada Jumaat, menjejaki pergerakan hambar Wall Street apabila kebimbangan sektor kecerdasan buatan (AI) menjejaskan sentimen.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teliti Keperluan Dasar Atau Larangan Melombong Bitcoin Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jawatankuasa Menangani Isu Penggunaan Elektrik Secara Curang Untuk Aktiviti Perlombongan Bitcoin akan membincangkan keperluan mewujudkan dasar khas aktiviti melombong bitcoin atau mengharamkannya dalam mesyuarat pertama, 25 November ini.

FBM KLCI Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Belian Semasa Harga Murah

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah selepas penjualan semalam walaupun prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

FBM KLCI Meningkat 6.42 Mata Pada Tengah Hari Ketika Pasaran Serantau Suram

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia menyanggah prestasi pasaran serantau yang suram apabila meningkat pada tengah hari ini di tengah-tengah aktiviti pembelian sederhana membabitkan saham wajaran tinggi.

FBM KLCI Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Kemudiannya Ke Paras 1,617.07

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia dibuka rendah namun melantun semula kemudiannya di tengah-tengah sentimen berhati-hati pasaran susulan prestasi suram semalaman Wall Street.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari, Jejaki Prestasi Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, seiring dengan pasaran serantau, menjejaki pasaran serantau dan prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit, Jejaki Prestasi Semalaman Wall Street

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Sedikit Disokong Minat Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Nov  (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah dagangan yang tidak menentu sepanjang hari, disokong oleh minat belian yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Penyediaan Sistem Tenaga Sedia Masa Hadapan Perlu Perkasasan Dan Perisian - TNB

Oleh Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Penyediaan sistem tenaga yang selamat dan sedia masa depan bukan sahaja mengenai infrastruktur fizikal semata-mata tetapi ia turut melibatkan kecerdasan, sambungan dan modal insan yang menjananya, kata Ketua Pegawai Maklumat Tenaga Nasional Bhd, Azlan Ahmad.

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen berhati-hati dan pengumpulan terpilih dalam saham wajaran tinggi.

FBM KLCI Mulakan Minggu Ini Dengan Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif walaupun prestasi Wall Street bercampur-campur pada Jumaat lepas dan rendah di kebanyakan pasaran serantau.

TNB Ambil Pelbagai Pendekatan Ke Arah Tenaga Boleh Baharu

Oleh M.Saraswathi

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) sedang meningkatkan perjalanan kelestariannya di bawah pelan Sifar Bersih 2050, memperluaskan inisiatif tenaga boleh baharu seperti projek solar terapung-hibrid hidro, perkongsian hidrogen dan grid rentas sempadan yang fleksibel untuk integrasi tenaga boleh baharu.