Terdapat 91 berita berdasarkan kata kunci carian "xi jinping"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Sentimen Positif Menjelang Pertemuan Trump-Xi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, apabila aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan merangsang sentimen menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi seiring dengan bursa serantau berikutan mengambil isyarat daripada prestasi semalaman di Wall Street yang mengukuh. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, bagaimanapun lebih tinggi sedikit pada awal dagangan, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga murah dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor utiliti.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Seiring Kejatuhan Harga Global

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan kejatuhan ketara harga emas global semalaman apabila pelabur mengambil untung selepas kenaikan baru-baru ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, menjejaki prestasi kebanyakan pasaran serantau, didorong oleh aktiviti pengambilan untung.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Dan Negara ASEAN

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu di tengah-tengah senario penutupan kerajaan negara maju itu yang berlanjutan selain ketidaktentuan berkaitan pertemuan Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping pada minggu depan, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila dolar AS mengukuh di tengah-tengah keyakinan baharu bahawa AS dan China mungkin mencapai persetujuan dalam perjanjian perdagangan tidak lama lagi, kata seorang pakar ekonomi.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Susulan Bursa Jejaki Trend Meningkat Pasaran Serantau, Global

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa berikutan bursa tempatan menjejaki trend meningkat pasaran serantau dan global sehari selepas cuti umum Hari Deepavali.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dalam pesekitaran penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan perdagangan dengan China, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Ditutup Tidak Berubah Susulan Ketidaktentuan Global Berterusan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tidak berubah di tengah-tengah pasaran keseluruhan yang bercampur-campur apabila pelabur kekal berada di luar pasaran susulan ketidaktentuan global yang berterusan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir Berikutan Pelabur Berhati-hati

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia yang mencatatkan kenaikan awal ditutup rendah pada Selasa dipengaruhi jualan pada saat akhir dalam beberapa kaunter wajaran tinggi terpilih apabila pelabur menjadi lebih berhati-hati di tengah-tengah aliran penurunan serantau.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Didorong Pengukuhan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi sedikit, menjejaki pengukuhan pasaran serantau dengan pembelian berterusan pada saham wajaran tinggi terpilih yang menyokong sentimen pasaran.