9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan bekerjasama dengan rakan setara ASEAN untuk menggalakkan perniagaan menggunakan mata wang tempatan dalam memudah cara perdagangan di rantau ini, kata Timbalan Gabenor Datuk Marzunisham Omar.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Malaysia perlu merebut peluang bagi menonjolkan perbezaan positif dari segi kestabilan politik dan dasarnya dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun (EM) dengan meningkatkan pelaburan langsung asing dan domestik selain memanfaatkan sokongan perkembangan global.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneroka potensi untuk memperkenalkan teknologi blockchain asas bagi mempertingkat sistem kewangan negara seperti Mata Wang Digital Bank Pusat (CBDC), kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Permintaan domestik yang kukuh akan terus menampan ekonomi Malaysia daripada ketidakpastian luaran termasuk kemungkinan kesan daripada pengenaan tarif Amerika Syarikat.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Peredaran mata wang (CIC) Malaysia meningkat sebanyak 5.5 peratus pada 2024 kepada RM170.7 bilion, berbanding RM161.8 bilion pada tahun sebelumnya.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat risiko operasi yang dilaporkan oleh institusi kewangan kekal rendah pada separuh kedua 2024, merangkumi hanya 0.03 peratus daripada jumlah modal sistem perbankan berbanding 0.05 peratus pada separuh pertama 2024.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- E-pembayaran mencatatkan peningkatan pada 2024, disokong oleh kerancakan aktiviti penggunaan, dengan jumlah nilai transaksi e-pembayaran runcit terpilih meningkat sebanyak 17 peratus, mencecah RM698.1 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Lebih 14,000 perniagaan dapat mengembangkan operasi masing-masing seperti yang dibuktikan oleh perolehan jualan dan pengembangan perniagaan yang lebih tinggi seiring dengan peningkatan pembiayaan terkumpul di bawah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank negara Malaysia (BNM) berkata dasar desentralisasi rizab antarabangsa BNM sejak dahulu telah menyebabkan pengumpulan aset luaran bukan rizab yang besar dan memperluas kedudukan luaran Malaysia.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Sebanyak 326 tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan diambil pada 2024, dengan kebanyakannya melibatkan pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan pencegahan pembiayaan percambahan (AML/CFT/CPF), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Jumlah aset Bank Negara Malaysia (BNM) pada 31 Disember 2024 turun 1.61 peratus kepada RM621.54 bilion berbanding RM631.74 bilion pada 2023 dengan rizab antarabangsa terus menjadi sebahagian besar daripada aset itu sebanyak 84 peratus (2023: 82 peratus).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keuntungan dana insurans hayat dan takaful keluarga pada separuh kedua 2024 menurun kepada RM4.1 bilion berbanding separuh masa pertama iaitu RM8.4 bilion , didorong oleh keuntungan bersih belum direalisasikan yang lebih rendah daripada portfolio pelaburan.