1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin walaupun sentimen kekal berhati-hati berikutan kenyataan bertentangan daripada pegawai kanan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan pelabur tidak pasti mengenai hala tuju jangka pendek mata wang itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Program Agromarketing Masterclass TikTok Shop Edition (AMTTSE) 2025 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan TikTok Shop mencatat nilai jualan RM12 juta, peningkatan hampir dua kali ganda.
1bulan ago
Daripada M. Saraswathi
JOHANNESBURG, 23 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota G20 untuk melangkaui retorik dan mengambil tindakan konkrit bagi menangani ketidaksamaan perdagangan global yang sekian lama berlarutan, terutamanya yang menjejaskan negara di Selatan Global.
1bulan ago
Daripada Saraswathi Muniappan
JOHANNESBURG, 22 Nov (Bernama) -- Negara-negara boleh bertahan dengan kejutan global hanya apabila dasar mereka kukuh, diselaraskan dan bersedia menghadapi tekanan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
Oleh Rohana Nasrah
KOTA KINABALU, 22 Nov (Bernama) -- Sabah terus memperkukuh kedudukan ekonomi dan prestasi pelaburannya sepanjang lima tahun lepas dengan pelbagai sektor giat berkembang seperti solar, minyak dan gas serta komponen bateri kereta elektrik.
1bulan ago
LABUAN, 22 Nov (Bernama) -- Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Antarabangsa Maldives (MIFSA) melantik Datuk Iskandar Mohd Nuli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, menandakan langkah penting dalam usaha Maldives membangunkan pusat kewangan antarabangsa yang berdaya saing.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu dengan kecenderungan menurun di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu di pasaran global, kata seorang penganalisis.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menjejaki prestasi pasaran tunai pendasar minggu depan.
1bulan ago
Daripada M.Saraswathi
JOHANNESBURG, 21 Nov (Bernama) -- Botswana kekal sebagai rakan penting Malaysia di rantau Afrika dengan pelaburan yang signifikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih rendah, menunjukkan prestasi lemah di bursa serantau berikutan jualan besar-besaran di Wall Street dalam tempoh semalaman telah menjejaskan sentimen pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menurunkan unjuran inflasi 2025 kepada 1.4 peratus daripada 1.5 peratus (2024: 1.8 peratus), dipacu oleh kesan deflasi susulan pelaksanaan program subsidi bersasar petrol RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai bekalan getah akibat cuaca hujan di pengeluar getah utama dalam persekitaran petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.