2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bahagian awam tawaran awam permulaan (IPO) Polymer Link Holdings Bhd telah terlebih langgan sebanyak 48.74 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 25 Nov.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Tawaran oleh Genting Bhd bagi pengambilalihan sukarela Genting Malaysia Bhd telah menjadi tidak bersyarat selepas kumpulan itu dan individu yang bertindak secara bersama (PAC) melepasi tempoh ambang tawaran mandatori semasa tempoh 13 Mei 2025 hingga 13 Nov, 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh AWC Bhd, kumpulan perkhidmatan kejuruteraan disenaraikan di Pasaran Utama, Ambang Wira Sdn Bhd (AWSB) telah menerima surat daripada Kementerian Kerja Raya mengenai lanjutan konsesi 10 tahun diperoleh ketika ini yang akan tamat tempoh pada 31 Disember, 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menerusi pemacu kewangan sosial yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Sadaqa House, terus memperkukuh komitmennya dalam melahirkan insan yang berilmu, khasnya dalam kalangan anak yatim, asnaf dan B40, menerusi Penyerahan Biasiswa dan Geran Pendidikan Sadaqa House.
2bulan ago
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Simpanan patuh syariah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukan sahaja membersihkan pendapatan, malah memberi pulangan dividen yang lebih kompetitif dan tidak merugikan pencarum.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd mengesahkan bahawa akan ada bayaran yang dikenakan untuk kenderaan yang memasuki Jalan Genting Highlands pada tarikh yang akan diumumkan kelak.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Jumlah keseluruhan kutipan duti import dan duti eksais bagi kenderaan bermotor serta alat ganti kenderaan bermotor bagi tempoh 2022 hingga 2024 adalah sebanyak RM26.47 bilion, kata Kementerian Kewangan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Destination Resorts and Hotels Sdn Bhd (DRH) telah melabur lebih RM4 bilion dalam pembangunan Desaru Coast dan Legoland Malaysia Resort, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) melantik Kapten Nasaruddin A. Bakar sebagai presiden dan ketua pegawai eksekutif (CEO) kumpulan tersebut berkuat kuasa 1 Februari 2026, jawatan baharu menggantikan jawatan pengarah urusan kumpulan sebelum ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama industri pembrokeran saham Malaysia hari ini mengumumkan kertas cadangan yang terdiri daripada satu siri peningkatan ketahanan siber untuk mengukuhkan integriti ekosistem saham.
2bulan ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Bintulu Port mengendalikan secara konsisten lebih 80 peratus daripada jumlah import dan eksport Sarawak, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Bintulu Port Holdings Bhd Datuk Ruslan Abdul Ghani.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap Solar District Cooling Group Bhd (SDCG) kerana melanggar Peraturan 3.10(1) Keperluan Penyenaraian Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities (ACE LR).