16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih kukuh pada awal dagangan 2026, menjejaki keuntungan yang lebih kukuh di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
16hari ago
SHAH ALAM, 2 Jan (Bernama) -- Tokoh korporat Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) yang baharu berkuat kuasa semalam (1 Jan), selaras dengan perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit meningkat semula dari hari terakhir 2025 untuk ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada hari dagangan pertama 2026, disokong oleh sentimen positif hasil pengumuman data ekonomi domestik yang memberangsangkan.
16hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah pada hari pertama urus niaga tahun 2026 di tengah-tengah jumlah dagangan yang perlahan berikutan penutupan pasaran niaga hadapan getah Jepun dan Shanghai, kata seorang peniaga.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 pada 4.8 peratus dan mengunjurkan sederhana kepada 4.2 peratus pada 2026, disokong oleh Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan yang stabil.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Suku pertama 2026 dijangka menjadi tempoh sibuk bagi sektor tenaga boleh baharu (TBB), didorong oleh perkembangan seperti bidaan di bawah program Solar Berskala Besar (LSS) pusingan keenam, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ekonomi Singapura mencatat pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus bagi tahun ke tahun pada suku keempat 2025 yang merupakan lanjutan pertumbuhan 4.3 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI) republik itu.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global 2025 bagi Disember 2025 yang diselaraskan secara bermusim, kekal tidak berubah pada 50.1 berbanding bulan sebelumnya.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kadar faedah jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan kecairan daripada sistem kewangan.
16hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga 2026 dengan lebih rendah, menjejaki kesuraman Wall Street serta di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan tiada pemangkin baharu.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama urus niaga 2026 hari ini, ketika mata wang negara maju itu susut nilai diasak jangkaan Rizab Persekutuan AS akan terus melakukan penurunan kadar faedah dalam tahun ini.
17hari ago
KUCHING, 1 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak memuktamadkan pengambilalihan MASwings Sdn Bhd melalui entiti milik penuhnya AirBorneo Holdings Sdn Bhd, berkuat kuasa 1 Januari 2026.