Terdapat 1266 berita berdasarkan kata kunci carian " perladangan"

Sentimen Positif Sidang Kemuncak ASEAN, Serantau Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan Isnin dengan lebih tinggi, dipacu oleh sentimen optimis membabitkan Sidang Kemuncak ASEAN yang sedang berlangsung dan terbukti memacu keyakinan terhadap kerjasama ekonomi serantau selain seiring prestasi pasaran serantau.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Positif Selepas Perjanjian Perdagangan Dengan AS

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dalam persekitaran sentimen pelabur yang positif susulan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas yang bersejarah yang dimeterai semalam antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Sentimen Positif Wall Street

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi secara menyeluruh dan keyakinan yang berterusan berikutan prestasi positif di Wall Street pada Jumaat lepas.

FBM KLCI Dijangka Kekalkan Momentum Positif Minggu Depan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka mengekalkan momentum positif minggu depan, disokong oleh minat belian yang berterusan melepasi paras psikologi 1,600.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Sentimen Positif Menjelang Pertemuan Trump-Xi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat, sejajar dengan prestasi pasaran serantau, apabila aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan merangsang sentimen menjelang pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi seiring dengan bursa serantau berikutan mengambil isyarat daripada prestasi semalaman di Wall Street yang mengukuh. 

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat, bagaimanapun lebih tinggi sedikit pada awal dagangan, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga murah dalam saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam produk dan perkhidmatan perindustrian serta sektor utiliti.

FBM KLCI Ditutup Para Paras Tertinggi Intra Hari Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang sederhana dalam beberapa saham wajaran tinggi indeks utama.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Seiring Prestasi Suram Wall Street

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan dalam julat kecil dan rendah pada tengah hari ini, menjejaki prestasi suram Wall Street di tengah-tengah sentimen menolak risiko, kata penganalisis.

Malaysia Teliti Strategi Holistik Bagi Pelaksanaan EUDR Berisiko Rendah - Johari

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Jawatankuasa Khas Pelaksanaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) telah meneliti strategi dan langkah yang perlu dilaksanakan secara holistik merentasi kementerian bagi memastikan Malaysia dapat dikategorikan semula sebagai negara berisiko rendah dalam pelaksanaan EUDR.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Meningkat Kemudiannya

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini namun kemudiannya meningkat sedikit, didorong oleh minat belian terutama dalam kaunter perladangan dan pembinaan.

IOI Corp Raih Anugerah 'Best Of The Best' Di Anugerah ESG 2025

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- IOI Corporation Bhd merangkul anugerah ‘Best of the Best’ (Terbaik Dalam Kalangan Yang Terbaik) pada Anugerah ESG The Edge Malaysia 2025 yang diadakan pada 1 Oktober lepas.